Rabu, 29 Januari 2020

LADAP SIRI 1 TAHUN 2020 : KESIHATAN MENTAL

Tarikh : 28 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 3.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Sasaran : Pentadbir, Guru dan AKP seramai 27 orang

Disampaikan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Mukaddimah
Alhamdulillah, LADAP siri pertama bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua dengan penglibatan semua pentadbir, guru dan AKP. Penerimaan oleh semua peserta yang terlibat amat memberasangkan terhadap perkongsian yang disampaikan.

Apa itu Tarif Kesihatan Mental?
Kebolehan seseorang individu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang kepada masyarakat. atau kemampuan kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain dengan menggunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama (Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan)

Impak kepada peserta
Penyampaian dan penjelasan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua amat jelas dan santai kepada semua yang terlibat mengenai tarif kesihatan mental yang sebenar berkaitan dengan isu-isu sekarang. Turut dipaparkan video-video yang berkaitan dengan kesihatan mental. Semua peserta berupaya menguasai pendekatan dan ilmu yang disampaikan berkisar kepada punca dan langkah mengatasi.

Penambahbaikan
Jika berkempatan, boleh diedarkan borang soalselidik kepada semua peserta yang terlibat bagi mengukur tahap kesihatan mental masing-masing bagi langkah pencegahan yang lebih awal. Selesai perkongsian tersebut, segala maklumat /pelaporan terus dikemaskini dalam blog sekolah dan aplikasi googleform di http://bit.ly/PSE3A-PERAK sebagai rujukan kepada JPN dan KPM.





Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) menyampaikan perkongsian kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan