Isnin, 29 Ogos 2022

KEJOHANAN SUKAN MERDEKA KALI KE-65 TAHUN 2022 PERINGKAT SAMAWAT

Tarikh : 27 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Gelanggang Utama Sekolah

Penyelaras : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
(Tuan Haji Mohamad Sharif bin Mat Nayan (YDP PIBG)

Peruntukkan oleh : YB Dato, Abdul Yunus bin Jamahri (Pengerusi Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Intergrasi Nasional dan Masyarakat Sivil merangkap Adun Kuala Kurau)

Jumlah Peruntukan : RM1000.00

Majlis disempurnakan oleh : Ustaz Abdul Latif bin Ahmad (wakil YB)

Sukan yang dipertandingkan :
1) Bola Tampar 3 Penjuru (P)
2) Sepak Takraw 4 Penjuru (L)

Sekolah yang terlibat :
1) SABK SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH
2) SABK AL FALAH
3) SABK AL HIDAYAH

Sekolah yang menarik diri kerana guru & staf telah mengadakan program LADAP iaitu SMK RAJA LOPE NUR RASID

Tentatif Perjalanan Program :
8.00 pagi   : Peserta berkumpul di dewan
                  : Taklimat oleh penyelaras program kepada semua pengurus dan peserta
8.30 pagi   : Kejohonan bermula
10.45 pagi : Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
11.00 pagi : Jamuan ringkas kepada tetamu
11.30 pagi : Bersurai

Laporan Kejohonan : 
1) Sepak Takraw 
👋 Johan : SABK AL HIDAYAH
👫 Naib Johan : SABK AL FALAH
👪 Ketiga : SAMAWAT A
👃 Keempat : SAMAWAT B

2) Bola Tampar :
👄 Johan : SABK SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH
👄 Naib Johan : SABK AL FALAH
👄 Ketiga : SABK AL HIDAYAH















PERJUMPAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE / USRAH BILANGAN KE-5 TAHUN 2022

Tarikh : 26 Ogos 2022 (Jumaat)

Masa : 12.00 tengahari hingga 12.30 tengahari

Tempat : Lokasi masing-masing

Penyelaras : Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT

Tajuk Modul : Aku Boleh

Matlamat & Objektif : 

1) Melahirkan pelajar yang mampu menguruskan isu-isu psikologi dengan bijak dan berkesan serta bertanggungjawab terhadap akademik, berdisiplin dan mempunyai keperibadian yang baik.

2) Memudahkan pemantauan perkembangan akademik para pelajar (mentee) dibuat bagi mencapai sasaran yang diinginkan.

3) Membantu dan membimbing para pelajar (mentee) mengesan potensi diri dan meningkatkan kemahiran insaniah bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan pembangunan sahsiah.

4) Mewujudkan hubungan silaturahim antara pelajar (mentee) dengan mentor/murabbi (guru).







PELANCARAN AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-56 TAHUN 2022 PERINGKAT SAMAWAT

Tarikh : 26 Ogos 2022 (Jumaat)
Masa : 7.20 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Penyelaras : Puan Nur Habibah binti Yusuf
Pengacara Majlis : Ahmad Muazz bin Abdullah

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Pendahuluan
Alhamdulillah, segala perancangan bagi Majlis Pelancaran Ambang Kemerdekaan kali ke-65 tahun 2022 peringkat SAMAWAT berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada semua pihak menjadikan sambutan bagi tahun ini yang memfokuskan tema Keluarga Malaysia mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan.

Tentatif Perjalanan Program :

7.20 pagi   : Bacaan Surah Al Waqiah
7.30 pagi   : Ucapan Pengacara Majlis
                  : Alunan Asma Al Husna, Nyayian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak.
                  : Ucapan Penyelaras Program 
                  : Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua
                  : Gimik Pelancaran
8.00 pagi   : Tayangan Video Kemerdekaan
                  : Nyayian Lagu Kemerdekaan
9.00 pagi   : Bersurai














Selasa, 23 Ogos 2022

PELANCARAN, CERAMAH & PAMERAN MINGGU ANTI DADAH & AWAL MUHARRAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

A) PELANCARAN :
Tarikh : 22 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Penyelaras :
1) Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
2) Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelaras SUMUR)

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Mukaddimah
Alhamdullah, majis pelancaran Minggu Anti Dadah dan Awal Muharram bagi tahun 2022 bersamaan 1444H berjalan dengan lancar. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail iaitu tuan pengetua diiringi oleh Pn. Hjh. Rohizah bt Hj. Bawi (PK HEM)

Objektif Program:
1) Mendidik murid tentang keburukan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, ketum dan berkaitan dengan dadah.
2) Memberi latihan dan ilmu serta kemahiran dalam diri pelajar agar membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan sentiasa bersedia menghadapi ancaman najis dadah.
3) Memupuk semangat bagi meraikan awal muharram bagi 1444H

Kos keseluruhan : RM200.00 (PCG Kaunseling)

Perjalanan aktiviti program :
1) 22 Ogos 2022 (Isnin) : Majlis pelancaran Minggu Anti Dadah peringkat sekolah tahun 2022

2) 24 Ogos 2022 (Rabu) : Ceramah & Pameran Minggu Anti Dadah

3) 22-26 Ogos 2022 (Isnin-Jumaat) : Pertandingan Melukis Poster & Sajak Anti Dadah.











B) CERAMAH DAN PAMERAN MINGGU ANTI DADAH :
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Sasaran : Semua guru dan murid sekolah 

Penceramah Jemputan :
Skuad AADK Cawangan Parit Buntar, Perak

Objektif Program:
1) Mendidik murid tentang keburukan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, ketum dan berkaitan dengan dadah.
2) Mendedahkan jenis-jenis dadah yang perlu dijauhi oleh manusia melalui pameran.