Khamis, 28 Oktober 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KALI KE-14 SAMAWAT TAHUN 2021

 Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa : 8.00pagi hingga 12.30tengahari

Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)

Mukaddimah

Alhamdulillah, Program terakhir bagi tahun 2021 bagi SMA Shamsul Maarif Al Wataniah iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG kali ke-14 tahun 2021 melabuh tirai bagi perancangan program dan aktiviti sekolah sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan diseluruh negara ekoran penularan wabak coronavirus (covid 19). Alhamdulillah, walaupun MAT PIBG ini dijalankan secara maya menggunakan flatform GOOGLE MEET berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.  Kerjasama pihak pentadbir, guru, AJK PIBG serta sokongan daripada ibu bapa/ penjaga serta waris adalah tulang belakang kepada perancangan bagi aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah. Tahniah kepada semua pihak.















PENYERAHAN SIJIL SPM SESI 2020

 Tarikh : 5 Ogos 2021

Masa : 10.00pagi

Tempat : Perkarangan Pejabat Sekolah

Pengenalan

Penyampaian sijil SPM kohort 2020 disempurnakan oleh Tn. Haji  Abd Malik bin Hashim (PK Kokurikulum) diiringi oleh Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad (Guru Kelas) diperkarangan pejabat sekolah pada 5 Ogos 2021. Tahniah kepada semua guru dan calon SPM kohort 2020 yang meningkatkan GPS sekolah.

Antara 3 calon terbaik bagi keputusan SPM 2020 iaitu :

1) Mohamad Aiman bin Sabran

2) Nur Fatin Nazira binti Zawawi

3) Nurul Ain binti Adzahari







TUISYEN CIKGU SAARANI PERINGKAT NEGERI PERAK 2021 BAGI CALON SPM, STAM & STPM KOHORT 2020

 Tarikh : 10-20 Februari 2021

Sasaran : Calon SPM dan STAM kohort 2020

Tempat : Kelas Tingkatan 5


Mukaddimah

Alhamdulillah, Tuisyen Cikgu Saarani yang dijalankan diseluruh negeri Perak berjalan dengan lancar melibatkan calon SPM, STPM & STAM kohort 2020 yang dilancarkan sendiri oleh YAB Dato' Hj Saarani bin Mohamad iaitu Menteri Besar Perak. 

Bagi SAMAWAT, calon SPM seramai 17 orang dengan usaha dan kerjasam semua guru tingkatan lima berjaya memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha dan program seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang khususnya kepada calon SPM, STPM dan STAM.






JADUAL PROGRAM TUISYEN CIKGU SAARANI SPM KOHORT 2020

 

TARIKH/HARI

MATA PELAJARAN

 

MASA

(8.00pagi-10.00pagi)

MASA

(10.30pagi-12.30 t/h)

10/2/2021

(Rabu)

SEJARAH

(EN. JOHARI)

BAHASA INGGERIS

(PN. NAZATUL SHIDA)

11/2/2021

(Khamis)

SAINS

(PN. ZAKIAH HAYATI)

BAHASA MELAYU

(PN. SHAHIDAWATI)

15/2/2021

(Isnin)

MATEMATIK

(PN. SITI KHATIJAH)

SYARIAH

(CIK NORTAQIAH)

16/2/2021

(Selasa)

MANAHIJ

(EN. ROSLAN)

SAINS

(PN. ZAKIAH HAYATI)

17/2/2021

(Rabu)

ADAB

(EN. MURSHIDI)

LAM

                  (EN. AZMI)

18/2/2021

(Khamis)

SEJARAH

(EN. JOHARI)

USUL AL DIN

(EN. SUHAIMI)

19/2/2021

(Jumaat)

BAHASA MELAYU

(PN. SHAHIDAWATI)

BAHASA INGGERIS

(PN. NAZATUL SHIDA)

20/2/2021

(Sabtu)

SYARIAH

(CIK NORTAQIAH)

SEJARAH

(EN. JOHARI)


PROGRAM KEPONG SPM KOHORT 2020

 Tarikh : Sepanjang bulan Februari 2021 hingga ke tarikh peperiksaan sebenar

Masa : 7.45pagi hingga 12.30tengahari (Isnin-Khamis)

Tempat : Kelas tingkatan 5

Mukaddimah

Atas usaha pihak sekolah melalui unit kurikulum, Program KEPONG SPM bagi kohort 2020 berjalan dengan lancar. Komitmen para guru tingkatan lima tanpa jemu memastikan perjalanan Program ini berjaya memberi manfaat yang berguna kepada semua 17 orang calon SPM. Semoga usaha ini diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi kecemerlangan SAMAWAT.





MULAKAN HARIMU DENGAN AL QURAN (MULHAQ) & PROGRAM SEJAM WORLD OF AL QURAN

" WORLD OF AL QURAN"

Tarikh : Sepanjang Tahun 2021

Tempoh Masa : 10minit bagi setiap bulan

Sasaran : Semua murid dan Guru

Mukaddimah, Alhamdulillah, Program World of Al Quran yang dijalankan diseluruh dunia amnya dan khasnya di Malaysia berjalan dengan lancar. Bagi semua warga SAMAWAT, peluang ini dijadikan amalan tambahan kepada Program Mulhaq (Mulakan Hari Mu dengan Al Quran) yang telah dijadikan program wajib ke atas semua murid khasnya sebelum kelas PDP dimulakan. Semoga usaha dan kesungguhan ini mendapat keberkatan Allah swt.






KRS TOURNAMENT PERAK CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021

 Tarikh : Sepanjang bulan April 2021

Sasaran : 4 org wakil bagi setiap Plantun (KRS) 

Platform : Online (Video)

Pendahuluan

Alhamdullah, KRS Tournament Perak Challange Peringkat Kebangsaan tahun 2021 menyajikan keputusan yang sangat membanggakan apabila 5 orang daripada 22 mendapat JOHAN, 11 orang NAIB JOHAN dan 6 orang TEMPAT KETIGA. Kesungguhan yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum yang diketuai oleh Cikgu Johari bin Ishak bersama dengan Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli dibantu oleh guru-guru menjadikan program ini mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan. Semoga dengan kejayaan ini, memberi motivasi kepada yang terlibat dan contoh kepada rakan-rakan yang lain. Tahniah diucapkan!!





PERTANDINGAN MAYA BAGI KELAB PERSATUAN “KELAB RUKUN NEGARA“ & “KELAB KESENIAN DDAN KEBUDAYAAN” SAMAWAT SEMPENA PENDEMIK COVID 19

 Tarikh : Sepanjang bulan Julai tahun 2021

Masa : Sepanjang bulan Julai 2021

Sasaran : Ahli Kelab Rukun Negara dan Kelab Kesenian dan Kebudayaan

Flatfom : Secara Online




BUAL BICARA SUKSES SPM SABK DAERAH KERIAN 2021

 Tarikh : 9 Julai 2021 (Jumaat)

Masa : 3.00petang hingga 5.30petang

Mukaddimah

Alhamdullah, Program Bicara SUKSES SPM SABK DAERAH KERIAN yang dijalankan secara online dengan kerjasama Majlis Pengetua Daerah Kerian bersama SABK Daerah Kerian, Perak melibatkan SABK Shamsul Maarif Al Wataniah, SABK Ehya Asyarrif, SABK Al Falah, SABK Al Hidayah dan SABK Maahad Al Ridwan. Kerjasama ini menampilkan calon-calon cemerlang dalam SPM kohort 2020 untuk tatapan calon SPM kohort 2021 agar menjadi pembakar semangat untuk lebih yakin dalam memburu kejayaan. Pastikan perkongsian ini memberi calon SPM kohort 2021 teknik dan cara apabila berhadapan dengan cabaran pembelajaran secara PDPR online.




BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2021 (KWAMP)

 Tarikh : 26 Julai 2021 (Isnin)

Masa : 11.00pagi hingga 1.00petang

Mukadimah

Alhamdulliah, Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2021 (KWAMP) berjaya dilaksanakan kepada murid yang layak dengan kebenaran KPM dengan SOP yang ketat. Alhamdulillah, perjalanan bantuan ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran semua ibu bapa dan waris di sekolah. 

Kerjasama warga sekolah, guru dan ibu bapa terhadap SOP yang ditetapkan dan membolehkan penyampaian bantuan ini disempurankan dan dipercepatkan.







PROGRAM BAKUL TITIAN KASIH SAMAWAT(COVID-19) 2021

 Tarikh : 26 Julai 2021 (Isnin)

Masa : 8.30pagi hingga 12.00tengahari

Mukaddimah

Alhamdulillah, dalam situasi covid 19 yang sedikit reda dengan kebenaran daripada KPM-JPN-PPD, maka satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dengan semua sekolah di daerah kerian dengan Program Bakul Titian Kasih SAMAWAT kepada 15 keluarga asnaf berupaya bakul makanan dan wang tunai. 

Sumbangan oleh pihak PPD, pihak sekolah, guru dan sokongan PIBG program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang telah dirancang.






SUMBANGAN BANTUAN ALAT TULIS OLEH YB DATO YUNUS KEPADA CALON SPM KOHORT 2020

 Tarikh : 18 Mac 2021 

Masa : 10.30pagi

Mukaddimah

Alhamdulillah, sokongan yang diberikan oleh YB Dato Haji Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau) merangkap Exco Kerajaan Negeri Perak turun padang ke sekolah Daerah Kerian bertemu mata dengan calon SPM kohort 2020 seramai 17 orang bagi memberi kata-kata motivasi dan pemberian bantuan alat tulis kepada kesemua calon. 

Dalam masa yang sama juga, YB turut melihat perkembangan pembinaan surau sekolah diiringi oleh Tuan Pengetua dan PK Kokurikulum. 








PROGRAM ORIENTASI NORMA BAHARU PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2021

 Tarikh : 1 April 2021 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi






MAJLIS PELANCARAN SUMUR, AYUHAL WALAD & MULHAQ SECARA ONLINE TAHUN 2021

 Tarikh : 30 Mac 2021 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi



PROGRAM MUAFAKAT ANTARA PDRM DAN PKM bagi Program Jom ke Sekolah

 Tarikh : 15 Februari 2021 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi