Jumaat, 29 Julai 2016


Teknik Menjawab PQS Tahun 2016:

Tarikh: 25/7/2016.

Masa: 9.00 am -12.30 pm.

Penceramah: Ustaz Rosman Bin Hussein ( Guru Cemerlang PQS -SMK Bukit Mercu- ).

Sasaran: 70 orang murid Al-Falah, 19 orang murid SMA Shamsul Maarif Al wataniah.

Tempat: SABK Al-Falah

Objektif:
- Cara menjawab PQS yang tepat.
- Supaya semua murid menjawab PQS dengan baik semasa menghadapi SPM nanti.
- Dapat menguasai tajuk-tajuk yang terdapat dalam PQS

Rumusan:
- Teknik berjalan dengan baik dan lancar.
- Penceramah dapat memberikan ceramah/teknik yang baik.
- Murid mendapat banyak manfaat dari teknik ini.
















REPORT BY:
 PN FADZIAH BINTI MAT ZAINI, 
PENYELARAS MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH, 
SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH.

Khamis, 21 Julai 2016

Program Ceramah Kecemerlangan Akademik Murid SAMAWAT 2016

Tarikh : 19 Julai 2016
Masa : 9.00-11.00 malam
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh SAMAWAT

Dengan kerjasama daripada semua pihak, Program  Ceramah Kecemerlangan Akademik Murid SAMAWAT 2016 yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara khusus dalam meningkatkan semangat meningkatkan kecemerlangan dalam akademik kepada yang terlibat agar memperolehi ilmu dan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam pelajaran dan pembelajaran seharian di kelas. Sebagai seorang murid yang mempunyai semangat bitara, komitmen, bercita-cita tinggi, diharap mereka mampu untuk bersaing dengan cabaran-cabaran yang mendatang mengenai setiap persoalan yang diberikan kepada mereka. Antara objektif program adalah :

  • Menjadikan murid berupaya menghadapi cabaran dan halangan dengan baik sehingga mampu  bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah, masyarakat, bangsa, agama  dan Negara.
  • Memastikan matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi kesan yang positif kepada pembangunan Jasmani, Emosi, Rohaniah dan Intelektual (JERI) semua murid sekolah.
  • Untuk memasikan pemikiran dan tindakan murid bersesuaian dengan matlamat yang telah dirancang untuk jangka masa panjang.
Ceramah daripada En. Fauzie 




Penyampaian cenderahati kepada En. Fauzie (Penceramah)

Sesi akhir : Murid melengkapkan borang penilaian program



Suntikan ilmu dan semangat dalam pengisian program kecemerlangan akademik ini akan membuka mata semua pihak terutama murid-murid dan guru-guru untuk bersama-sama berkongsi semangat dan kesedaran dalam menuju era yang lebih efektif, toleransi, dan berupaya bekerjasama dalam satu misi dan visi yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun misi dan visi sekolah agar kesan yang diperolehi memberi manfaat unutk semua pihak terutama kepada murid-murid sekolah.



Edited by : Muhd Faisal Hj Hassan


Rabu, 13 Julai 2016

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN PEMBERIAN DUIT RAYA OLEH MANTAN PENGETUA.

Pada 1 Jun 2016 ( Jumaat ), Mantan Pengetua Tuan Haji Asmuni bin Awang telah berkesempatan untuk menyampaikan duit raya kepada pelajar -pelajar di SAMAWAT selepas selesai Majlis Bacaan Yassin pada yang dijalankan setiap pagi Jumaat.Terpancar keriangan di wajah pelajar - pelajar yang menerimanya.Pihak SAMAWAT ingin mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada mantan Pengetua kerana sudi singgah dan memberi duit raya.

                                                              Kelas Ting 1 menerima duit raya

                                                                    Kelas Ting 2

                                                                    Kelas Ting 3


                                                                    Kelas Ting 5

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN KHATAM AL QURAN PERINGKAT DAERAH KERIAN 2016 (1)

TEMPAT : MASJID JAMEK TG.PIANDANG,PERAK.
TARIKH : 30 JUN 2016 BERSAMAAN 25 RAMADHAN 1437H.
MASA : 6.00 PTG - 8.00 MLM
ANJURAN : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KERIAN
DENGAN KERJASAMA : PPD KERIAN,PEJABAT AGAMA ISLAM PARIT BUNTAR,SMASMW, DAN MASJID JAMEK TG.PIANDANG,PERAK.
TETAMU KEHORMAT : YB DATO ABU BAKAR BIN MAT ALI
                                          PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR PERAK,
                                          PARLIMEN PARIT BUNTAR.
                                            Tuan Pengetua menyampaikan ucapan alu - aluan.
SEBAHAGIAN DARI TETAMU YANG HADIR.

                                                 Tetamu kehormat berada di depan.
                         
                                               Ucapan dari YB Dato Abu Bakar bin Mat Ali.
                                                             Bergambar bersama vip

                                                           Majlis Penyampaian sijil


Program Demonstrasi Memadam Kebakaran 2016 Kolaborasi di antara SAMAWAT dan Balai Bomba Kuala Kurau.

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.Terima kasih diucapkan kepada Ketua Balai Bomba Kuala Kurau,Perak iaitu Tuan Jamal di atas kesudian memberi taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran kepada warga SAMAWAT.



 Penulis : Johari bin Ishak

PROGRAM LATIHAN MEMBACA TEKS PERHIMPUNAN PAGI DALAM BAHASA ARAB KEPADA SEMUA PENGAWAS SAMAWAT 2016


PROGRAM LATIHAN MEMBACA TEKS PERHIMPUNAN PAGI DALAM BAHASA ARAB KEPADA SEMUA PENGAWAS SAMAWAT  2016

Alhamdulillah pada hari Selasa  12 Julai 2016  jam 3.00 hingga 4.00 petang bertempat di Pusat Sumber SAMAWAT  telah diadakan latihan membaca teks dalam bahasa arab untuk  pengacara perhimpunan pagi  kepada semua pengawas.









Daripada : MOHAMAD ZAHRAN BIN SAAD
                  Panitia Bahasa Arab

Selasa, 12 Julai 2016

Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Tahun 2016

Tarikh : 11 Julai 2016 (11-15 Julai 2016)
Masa : 7.30 am
Tempat : Tapak perhimpunan sekolah
Perasmi : Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah diadakan setiap tahun disekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis Negara khususnya.

Diharapkan aktiviti minggu anti dadah peringkat sekolah yang dilaksanakan mampu mencapai objektif yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak.

1.0               MATLAMAT
  •    Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan  masyarakat.

  •      Untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya


OBJEKTIF
  •            Memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat

  •       Mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat pra sekolah lagi


Dirasmikan oleh Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah (Pengetua SAMAWAT)

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah (11-15 Julai 2016)





ANTARA AKTIVITI YANG DISEDIAKAN :

  1. Pertandingan melukis poster dan sajak
  2. Pameran dan ceramah oleh pihak AADK cawangan Parit Buntar.




Taklimat oleh En. Faiz mewakili pihak AADK Daerah Parit Buntar.

Penyampaian cenderahati kepada wakil AADK




Pameran oleh pihak AADK




PENUTUP

Diharapkan aktiviti minggu anti dadah peringkat sekolah yang dilaksanakan mampu mencapai objektif yang diinginkan selaras dengan kehendak semua pihak.




Edited by : Muhd Faisal bin Hassan (Penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah/ PPDa)