Rabu, 25 Oktober 2017

LATIHAN KEBAKARAN ASRAMA SAMAWAT (MALAM)

Tarikh        : 12 Oktober 2017 (Khamis)
Masa         : 1.00 pagi
Kehadiran : En. Muhamad bin Abdullah (Pengetua)
                  : En. Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
                  : Pn. Hjh. Rohizah bt Haji Bawi (PK HEM)
                  : Tn. Hj Abd Malik bin Hashim (Warden / PK KO)
                  : Cik Naztulshida bt Mohd Nazirrudin (Ketua Warden)
                  : En. Muhd Faisal bin Hassan (Kaunselor)

Tepat pada pukul 10.00 mlm (Tn. Hj Abd Malik Hashim/Warden) dihubungi oleh En. Zahuri bin Zainal Abidin dari Balai Bomba Kuala Kurau mengenai kehadiran pasukan Bomba yang diketua oleh beliau bersama dengan lima orangpegawai bomba yang lain  lengkap dengan peralatan menyelamat  menyelamat ke asarama SAMAWAT.

Setelah didapati semua penghuni asrama aspura/aspuri tidur lena, tepat jam 1.00 pagi loceng kebakaran dibunyikan oleh pihak bomba dan mereka diarahkan mengosongkan asrama dan bergerak ke tempat  berkumpul (assembly point). Kerjasama daripada pengawal keselamatan iaitu Pn. Latipah dan suaminya En. Zainon dalam membantu pihak bomba. Kronologi kejadian dimana ramai penghuni pempuan berlari keluar tergesa-gesa tanpa memakai selipar dan berkaki ayam kerana berada dalam situasi yang kalut dan didapati salah seorang murid perempuan hanya sempat bertudungkan kain selimut. Mojoriti murid. Manakala seramai 12 orang pelajar lelaki didapati terperangkap dibeberapa tempat di asrama sepeti di tandas dan didapati "rentung" kerana masih terlena dan ditahan sementara bagi sesi kawat cam untuk mengira jumlah rakan-rakan yang tiada.

En. Zahuri bin Zainal Abidin, pegawai yang mengetuai latihan tersebut srama mengucapkan tahniah semua murid asrama kerana menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak bomba. Beliau berharap agar peraturan yang diberikan semasa taklimat sentiasa dipatuhi oleh oleh semua penghuni asrama agar sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan. Tahniah juga kepada pihak sekolah kususnya pihak pentadbir dan guru-guru/warden yang terlibat kerana berjaya mengadakan latihan ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

Harapan pihak bomba semoga latihan ini menjadi panduan dan jika berlaku kebakaran yang sebenar mampu menyelamatkan diri sendiri dan menyelamatkan nyawa orang-orang lain.

Antara 12 orang murid yang ditangkap dan diistihar "Rentung"

Taklimat oleh pegawai Bomba En.  Zahuri bin Zainal Abidin

Kelibat murid perempuan yang berkaki ayam

Antar pihak pentadbir yang hadir



Jumaat, 13 Oktober 2017

HARI SUKAN NEGARA

Pada 13 Oktober 2017,SAMAWAT telah mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bertempat di dataran sekolah bagi murid lelaki.Manakala murid perempuan ditempatkan di halaman sekolah baru bersama guru-guru perempuan.

Antara aktivti menarik yang dijalankan adalah senamrobik,sepak takraw (lelaki) dan jogathon (perempuan).Guru-guru juga turut libat sama bagi menjayakan program ini.Melalui program inilah murid-murid mendapat suntikan baru yang lebih bersemangat selari dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani.





Isnin, 9 Oktober 2017

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu Perdana 2017

SAMAWAT 5 Oktober : Pada hari ini telah dilangsungkan Majlis Bacaan Yaasin, Slat Hajat dan Mohon Restu Perdana 2017, sempena peperiksaan PT3, Thanawi, SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun  yang diadakan di ruang solat utama Masjid Jami' Tanjung Piandang, Perak.

Majlis dijadualkan bermula jam 6.30 petang dengan kehadiran waris dan ibubapa pelajar. Majlis dimulakan dengan melakukan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimakan oleh Imam Muda Masjid Jami' Tanjung Piandang, iaitu Ust Shahrul Rashid, 

Selepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah, para pelajar berwirid, berzikir dan berdoa secara berjemaah dengan imam dan waris yang hadir. Sebelum memulakan majlis bacaan Yaasin, Ust Muhamad b Abdullah selaku pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua hadirin yang telah datang dan memeriahkan majlis pada petang yang berbahagia ini. Setelah itu, majlis bacaan yaasin dimulakan dengan dipimpin oleh Ust Hatta b Rahim.

Selepas bacaan Yaasin, acara diteruskan dengan solat Isya' dan Solat hajat berjemaah yang dipimpin sekali lagi oleh Imam Muda Masjid Jami' Tanjung Piandang. Kemudian, acara diteruskan dengan acara mohon restu yang dipimpin oleh Ust Ahmad Kamal Arrifin b Mohd Ali. Para pelajar telah bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa, waris dan guru-guru yang hadir.

Sebahagian Guru SAMAWAT yang hadir : dari kiri Ust Muhammad b Abdullah (Pengetua ) En Faisal b Hassan (Kaunselor ) Ust Zahran b Saad (Guru B.Arab ) Ust Hatta B Rahim (Guru KKQ) En Johari b Ishak ( Guru Sejarah )


Uapan alu-aluan oleh Pengetua 


Majlis Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ust Hatta B Rahim


Para pelajar dan hadirin mengelilingi air yang dibacakan yaasin.

Majlis bacaan yaasin sedang berlangsung













Suasana syahdu ketika majlis mohon restu yang dipimpin oleh Ust Ahmad Kamal Arrifin b Mohd Ali.


Sesi khas para pelajar dengan Ust Jamil (Pengerusi LPS)

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai PPD Kerian, Ust Bahrudin dan Ust Hasbullah dari Unit Pendidikan Islam.


Majlis juga turut disertai oleh masyarakat setempat, Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan baik. Majlis tamat sekitar jam 9.30 malam.

Selasa, 3 Oktober 2017

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (PSI)

Tarikh : 30 September 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Kelas Tingkatan Lima
Penceramah :

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID & PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE/USRAH BULAN SEPTEMBER

Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat)

Mukadimmah

Sambutan hari lahir bagi murid dan guru yang lahir pada bulan September yang disampikan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah) dengan penyampaian cenderahati kepada semua yang terlibat.

Pada jam 12.00t/h pula berlangsungnya perjumpaan bagi mentor-mentee /Usrah bagi bulan september 2017. Lokasi perjumpaan ditentukan oleh mentor masing-masing dan mencapai objektif yang diinginkan.

Sekitar Perjumpaan Mentor-Mentee/Usrah bagi bulan September 2017