Khamis, 2 Januari 2020

HARI PENDAFTARAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu bagi tingkatan satu sesi 2020 dan selamat kembali kepada pelajar tingkatan 2-5 bagi sesi 2020.

Tarikh : 1 Januari 2020 (Rabu)
Masa : 8.00pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT dan Asrama

Alhamdulillah, perjalanan Hari Pendaftaran bagi sesi persekolahan tahun 2020 berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan disusun rapi oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Kehadiran ibu bapa dan pelajar bagi sesi pendaftaran melibatkan semua pelajar khasnya bagi tingkatan satu berjalan dengan lancar apabila ibu bapa dan pelajar hadir tepat pada masa yang dimaklumkan. Disini disertakan tentatif perjalanan Hari Pendaftaran Persekolahan sesi 2020 :

8.00 pagi     : Pendaftaran pelajar baharu (tingkatan satu)
8.30 pagi     : Ucapan Pengerusi Majlis
8.45 pagi     : Ucapan dan Taklimat oleh PK HEM (Puan Hjh. Rohizah bt Hj. Bawi)
9.30 pagi     : Pendaftaran dan Pembelian Buku
10.00 pagi   : Pendaftran Asrama (ting. 1-5)
12.00 t/hari : Bersurai

Taklimat yang disampaikan oleh PK HEM kepada ibu bapa dan pelajar berkisar kepada perjalanan persekolahan bagi sesi 2020 dan juga berkaitan dengan  peraturan di sekolah dan di asrama serta maklumat yang berkaitan agar ibu bapa dan pelajar lebih bersiap sedia menghadapi sesi persekolahan bagi tahun 2020.
Ucapan dan Taklimat Khas oleh PK HEM kepada Ibu bapa dan pelajar

Kehadiran Ibu bapa yang memenuhi dewan

Sesi Pendaftaran


Sesi Pendaftaran Asrama (perempuan)

Sesi Pendaftaran Asrama (lelaki)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan