Khamis, 17 September 2020

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SYARIAH (Kelas Berfokus) TAHUN 2020

 Tarikh : 17 September 2020 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Bengkel KHB

Penyelaras : Ustazah Nurtaqiah binti Ahmad Sabri

Penceramah Jemputan : Nordin bin Daud (SMU (A) Nurul Huda (SABK), Kajang Sebidang, 16200 Tumpat Kelantan.

Alhamdulillah, Bengkel Teknik Menjawab Syariah berfokus bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar melibatkan semua calon SPM dan murid tingkatan 4. Semoga usaha ini berterusan dalam usaha menjadikan meningkatan kualiti dalam Mata Pelajaran Syariah khususnya MP DINI. Semoga anak-anak /Calon SPM memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.









MESYUARAT GURU BIL.2 TAHUN 2020

 Tarikh : 15 September 2020 (Selasa)

Masa : 2.30petang hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Pengerusi Mesyuarat : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)

Alhamdulillah mesyuarat guru kali ke-2 bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar bagi memfokuskan beberapa agenda yang telah ditetapkan merangkumi bidang pentadbiran, kurikulum, HEM dan Kokurikulum demi kemenjadian murid. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran) kerana Tuan Pengetua mengikuti Taklimat bersama Pengetua-pengetua Daerah Kerian.

Antara Agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut :

  • Aluan Pengerusi
  • Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
  • Taklimat Pelaksanaan Sukan & Kokurikulum
  • Program Belaian Kasih SPM
  • Perancangan Strategik (Overview)
  • Penulisan JD "Job Description"
  • Isu balik kampung pelajar
  • Percubaan SPM
  • Hal-hal lain.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB USUL ADDIN (Kelas Berfokus) TAHUN 2020

Tarikh : 15 September 2020 (Selasa)

Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Bengkel KHB SAMAWAT

Sasaran : Tingkatan 4 (22 orang ) & 5 (17 orang)

Penyelaras : Ustaz Mohd Suhaimi bin  Mohamad (Guru DINI/ Juru Negeri Usul addin

Penceramah Jemputan : Amal binti Jamali (SABK Maahad Isahiyah Addniah, Batu 10 Lekir, Setiawan, Perak)

Alhamdulillah, syukur pada Allah, Bengkel Teknik Menjawan Usul Addin (Kelas Berfokus) bagi sesi 2020 berjalan dengan lancar melibatkan 39 orang murid daripada tingkatan empat dan lima. Bengkel yang berjalan selama 2 jam diharap memberi pengetahuan dan teknik menjawab bagi subjek Usul Addin khas kepada calon SPM tahun 2020 dan persiapan kepada murid tingkatan 4 bagi peperiksaan akhir tahun 2020.

Moga usaha ini akan meningkatkan kualiti subjek bagi mata pelajaran Usul Addin dan diharapkan usaha ini berterusan demi kemenjadian murid dalam semua aspek.








Khamis, 10 September 2020

BENGKEL PENYEDIAAN KERJA KURSUS STAM TAHUN 2020

 Tarikh : 5 September 2020 (Sabtu)

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Masa : 8.00 pagi hinggan 4.00 petang

Penyelaras : Ustaz Ahmad Murshidi & Ustaz Muhammad Muhaimin

Sasaran : Semua pelajar STAM sesi 2020 (7 orang)