Khamis, 24 Oktober 2019

KARNIVAL SUKAN ASRAMA TAHUN 2019

Tarikh : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 t/hari
Tempat : Gelanggang Baru & Asrama SAMAWAT 
Sasaran : Pelajar Asrama SAMAWAT
Penyelaras : En. Muhammad Muhaimin bin Mustapai

Mukaddimah


Karnival Sukan Asrama SAMAWAT adalah acara buat julung kalinya diadakan khusus buat pelajar asrama SAMAWAT 2019. Walaupun sudah berada di penghujung tahun pembelajaran dan musim peperiksaan yang kian dekat, pelajar   asrama SAMAWAT tetap bersemangat dalam acara sukan yang diadakan. Antara sukan yang diadakan bagi pelajar lelaki asrama SAMAWAT  ialah sepak takraw, futsal dan carrom. Manakala bagi pelajar perempuan asrama SAMAWAT pula sahibba, catur, congkak dan bola tampar (timangan paling banyak secara berkumpulan). 








Rabu, 16 Oktober 2019

PROGRAM FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS)

Tarikh : 16 hingga 15 Oktober 2019
Tempat : Kem Tegas Mesra, Rantau Panjang, Perak
Sasaran : 10 orang Pelajar Tingkatan 3 sesi 2019 (5 lelaki dan 5 perempuan)
Jumlah Guru yang terlibat : 10 orang guru

Nama Peserta yang terlibat :

Mukaddimah
Program Malaysia Future  Leaders School (MFLS) kohot ke-11 sesi 2019 melibatkan 10 sekolah dalam daerah Kerian. Pihak sekolah telah menghantar 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3.
  1. Mohamad Al Amin bin Mohamad Radzi (Pulang kerana ada masalah kesihatan/ Asma)
  2. Muhammad Fitri bin Mohd Nazri
  3. Mohamad Alif bin Kamal
  4. Adli Ilfian bin Ahmad Saufi
  5. Muhammad Izuan bin Mat Daud
  6. Afrina Uzma bt Ahmad Salim
  7. Nur Anissyafawati bt Saad
  8. Nur Marsyia bt Mohd Sobri
  9. Siti Nur Atirah bt Mohd Azhar
  10. Nurain Khadijah bt Azman






PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2019

Tarikh : 14 Oktober hingga 28 November 2019

Jumaat, 11 Oktober 2019

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SAMAWAT TAHUN 2019

Tarikh : 11 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua Guru dan Pelajar
Penyelaras : En. Johari bin Ishak (SU Sukan)











Khamis, 10 Oktober 2019

PROGRAM SMART PASCA PT3 & STAM SESI 2019

Tarikh : 10 Oktober sehingga 22 November 2019
Jumlah peserta : 26 orang calon PT3 dan STAM 13 orang calon.
Tempat : Tertaluk kepada program yang dijalankan.

Mukaddimah
Alhamdulillah, program SMART PASCA sesi 2019 berjalan dengan lancar dengan program dan aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit lain. Antara aktivti yang dirancang adalah seperti berikut :

  1. SMART Bahasa Arab bersama modul.
  2. Mural Khat dan PSV bersama modul
  3. Program Khidmat Masyarakat
  4. Pengurusan Mayat
  5. Amali dan praktikal sembelihan
  6. Explorace
  7. Program SMART kerjaya
  8. 10 Day Challenge
  9. Lawatan ke rumah anak yatim/ miskin/asnaf
  10. Pertandingan memasak kueh tradisional
  11. Bengkel Amali dan praktikal penyelenggaran motosikal
  12. Taklimat persiapan pakej mata pelajaran tahun hadapan.

















MAJLIS RESTU ILMU CALON SPM 2019

Tarikh : 10 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : 26 orang calon SPM sesi 2019 (13 lelaki & 13 perempuan)

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt majlis mohon restu khas melibatkan calon-calon SPM sesi 2019 seramai 26 orang diadakan di Dewan Perdana SAMAWAT. Dalam majlis ini semua guru yang mengajar Mata Pelajaran tingkatan lima turut berucap memberikan kata-kata semangat sebelum peperiksaan bermula pada 14 Oktober 2019 (Isnin). Majlis akhir sekali disudahi dengan majlis mohon restu dan bersalaman antara guru dan pelajar.