Isnin, 24 Jun 2019

HARI INTERAKSI BERSAMA IBU BAPA/WARIS DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SAMAWAT TAHUN 2019/1440H

Tarikh : 21 Jun 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua Guru, Staf, Ibu Bapa, Murid
Tetamu VVIP yang hadir :
  • Ketua dan Timbalan Ketua Balai Tanjung Piandang
  • Pengetua dan Barisan Pentadbir SMK Raja Lope Nur Rashid, TP
Mukaddimah
Hari interaksi bersama ibu bapa dan waris dijalankan pada setiap tahun oleh pihak sekolah bagi memberi makluman dan penyerahan slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), Pelaporan Psikometerik bagi murid tingkatan satu dan lain-lain keputusan kepada semua ibu pada tentang tahap perkembangan anak masing-masing. Semoga dengan usaha ini dapat memberi kesedaran kepada semua yang terlibat untuk terus melihat kemenjadian murid dan anak-anak sebagai agenda utama pihak sekolah.

Bagi tahun ini, hari interaksi dijalankan bersama dengan sambutan hari raya peringkat sekolah dimana semua pihak dapat dikumpulkan dalam satu majlis yang santai, disamping itu juga, sedikit motivasi ringkas diberikan kepada ibu bapa dan waris serta anak-anak pelajar agar sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dalam perkembangan akdemik, kokurikulum dan sahisah diri.

Tujuan 
Untuk mengeratkan silaturrahim diantara Warga SAMAWAT bersama komuniti ibu bapa dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid khusus dalam akademik, kokurikulum dan perkembangan sahsiah diri murid.

Objektif Program
Memupuk nilai kerjasama antara ibu bapa/waris dan komuniti dalam perkembangan dan pembangunan  sekolah mengingati dan menghayati Hari raya aidil fitri.
  • Memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan menuntut ilmu dan menanamkan dan memupuk minat mencintai hari kebesaran islam.
  • Mempupuk nilai dan sikap kepedulian semua pihak serta menghubungkan silaturahim dan bermaafan di antara warga sekolah sempena hari raya
Tentatif Program
  • 7.30 am   : Ucapan Pengerusi Majlis
  • 7.40 am   : Majlis Bacaan Surah Al-Khafi (Oleh Ustaz Roslan)
  • 8. 15 am  : Ucapan Tuan Pengetua
  • 8.30 am   : Motivasi bersama ibu bapa/murid (Cikgu Anuar)
  • 9.00 am   : Penyerahan Slip Keputusan PPT, SEGAK dan Ujian Psikometrik tahun 2019.
  • 10.00 am : Jamuan Hari Raya dan Persembahan
  • 11.45 th   : Sesi Bergambar
  • 12.00 th   : Bersurai
Antara tetamu VVIP yang hadir

Sekilas Persembahan oleh Cikgu Anuar Ali





Sekitar Jamuan Hari Raya




Sekitar majlis penyerahan kad pelaporan keputusan PPT 2019

Ucapan ringkas oleh Tuan Pengetua


Slot Motivasi oleh Cikgu Anuar Ali

Ucapan Pengerusi Majlis

DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PPT (SPM) 2019

Tarikh : 20 Jun 2019 (Khamis)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Sasaran : Pengetua, Barisan Pentadbir, Semua guru DINI SPM & Calon SPM seramai 26 orang

Mukadimmah
Alhamdulillah, dialog prestasi peperiksaan PPT SPM tahun 2019 berjalan dengan lancar melibatkan semua calon SPM seramai 26 orang, Pengetua, Barisan Pentadbir, 5 orang Guru Dini.

Keputusan

  • Calon : 26/26
  • Lulus : 24 lulus/2 gagal
  • GPS : 6.42
  • Peratusan : 92.31%
Rumusan mengikut Matapelajaran (GPMP)
  1. Al Syariah (6.58 GPMP)
  2. Al-Adab Wa Al-Balaghah (8.81 GPMP)
  3. Usul Al-Din (4.88 GPMP)
  4. Al-Manhaj Al-Ulum Al-Aslamiyah (8.65 GPMP)
  5. Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah (7.23 GPMP)
Penambaikan/ Intervensi
  1. Fokus Kelas Bimbingan Kasih (Kelas Tambahan)
  2. Perbanyakan Latihan
  3. Fokus Nota Ringkas
  4. Bantu buat Kelas Hafalan
  5. Bantu pelajar cara Urus Masa
Rumusan
Guru dan pelajar akan memberikan komitmen secara maksimum agar GPS sekolah tercapai.