Isnin, 29 Julai 2019

KENAIKAN PANGKAT KRS DAERAH KERIAN 2019

Tarikh : 26 hingga 28 Julai 2019 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : SK sekolah Wawasan, Parit Buntar Perak
Calon : 4 orang ahli KRS daripada tingkatan 4
(Mohamad Aiman bin Mohamad, Muhammad Raif bin Mohd Fauzi, Muhammad Harriz Adam bin Mohd Shaharuddin dan Muhammad Habib bin Hassidi)

Kesemua wakil sekolah dianugerahkan pangkat Sarjan

 Mukaddimah
Alhamdulillah, seramai 4 orang ahli KRS sekolah telah menjalani latihan khas bagi kenaikan pangkat dan alhamdulillah kesemua wakil sekolah kita seramai 4 orang dikurniakan pangkat yang membawa gelaran SARJAN. Semoga dengan pengiktirafan ini, ia mampu memberikan semangat dan toleransi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus menjulang nama SAMAWAT keperingkat yang lebih tinggi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung










KEM GEMILANG SAMAWAT 2019 (SPM & STAM)

Calon SPM dan STAM 2019

Tarikh : 26 hingga 28 Julai 2019 (Jumaat dan Ahad)
Tempat : Infra Chalet Resort, Kuala Gula Sanctury, Kuala Kurau, Perak
Sasaran : 12 orang calon STAM dan 26 orang calon SPM 2019

Mukaddimah
Alhamdulillah, setelah 3 hari 2 malam berkampung di Infra Chalet Resort, Kuala Gula bagi Program Kecemerlangan Akadmik (PKA) iaitu Kem Gemilang SAMAWAT melibatkan calon SPM dan STAM seramai 38 orang maka berakhirlah program Out Door yang melibatkan calon SPM dan STAM bagi tahun ini. Bagi calon SPM, kem ini melibatkan semua iaitu 10 mata pelajaran (MP) bagi bengkel dan teknik menjawab soalan.
Manakala bagi calon STAM, aktiviti menghafal atau tasmiq dijalankan di dewan dan diselia oleh guru MP STAM.
Bengkel dan teknik menjawab SPM menampilkan guru pakar yang dijemput khas oleh guru MP masing-masing kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan LAM. Bengkel ini juga bertujuan bagi ruang kepada calon-calon merehatkan minda mereka dalam suasana yang lebih tenang, kondusif disamping dengan gaya pembelajaran yang lebih santai tetapi berkesan.
Seterusnya, calon-calon SPM dan STAM akan terus diberikan perhatian dalam Kelas Bimbingan Kasih (Kelas Tambahan) pada setiap minggu agar mereka terus diberikan bekalan yang mencukupi bagi menghadapi SPM dan STAM dalam masa terdekat ini.














Sebahagian daripada Bengkel Menjawab SPM dan Tasmiq STAM 2019

Tuan Pengetua bersama dengan calon STAM
Tuan Pengetua bersama dengan calon SPM
Majlis Penutup dan ucapan kata-kata semangat oleh Tuan Pengetua

Penutup
Diharapkan dengan bengkel menjawab SPM dan STAM mahupun Kelas Bimbingan Kasih (Kelas Tambahan) Program dan aktiviti yang lain dipermudahkan segala urusan dan semua anak-anak SAMAWAT memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam SPM dan STAM bagi tahun 2019. Amin

Rabu, 24 Julai 2019

LADAP - TAKLIMAT PERLINDUNGAN DAN KECEMASAN OLEH CUEPACS

Tarikh : 23 Julai 2019 (Selasa)
Jam : 2.45 petang
Disampaikan oleh : En. Rahizul Azni
Sasaran : Guru dan Staf SAMAWAT
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Alhamdulillah, taklimat berkaitan dnegan perlindungan dan kecemasan yang dikendalikan oleh wakil Cuepacs yang dihadiri oleh 3 orang berjalan dengan lancar yang disampaikan oleh En. Rahizul Azni. segala maklumat disampaikan kepada semua guru dan staf berkaitan dengan skim perlindungan khas buat kakitangan kerajaan sahaja. Semoga dengan perkongsian ini, memberi gambaran yang jelas kepada guru dan staf tentang keistemewaan Skim Perlindungan kepada kakitangan kerajaan ini.

Semoga guru-guru dan staf dapat memanafaatkan peluang yang diberikan berkaitan dengan Skim Perlindungan ini dalam memastikan kakitangan kerajaan yang memohon dilindungi secara maksima dengan kos yang paling minima.









Isnin, 22 Julai 2019

CERAMAH MOTIVASI "CEMERLANG ATAU KECUNDANG"

Tarikh : 22 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 8.30pagi hingga 10.00pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar SAMAWAT

Penceramah : Muhammad Farhaan bin Rahmat (Farhaan Rahmat Training Consultant)

Mukaddimah
Alhamdulillah, selesai sudah program ceramah yang bertajuk "Cemerlang atau Kecundang" yang disampaikan oleh Muhammad Farhaan bin Rahmat daripada Farhaan Rahmat Training Consultant, Sungai Petai, Kedah.
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan bagaimana ingin menjadikan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.

Matlamat
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.








Penyampaian Cenderahati oleh pihak sekolah (PK HEM) kepada penceramah


Isnin, 15 Julai 2019

PRGORAM SELANGKAH MENGGAPAI PUNCAK MENARA GADING

Tarikh : 14 Julai 2019 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi - 7.00 petang
Tempat : Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil-Kulim, Kedah Darul Aman.
Sasaran : 39 orang calon SPM dan STAM tahun 2019
Tema : Selangkah Menggapai Puncak Menara Gading

Mukaddimah
Alhamdulillah, dengan perancangan yang telah dirancang, Program Selangkah Menggapai Puncak Menara Gading di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil-Kulim, Kedah Darul Aman berjaya diadakan dengan kerjasama dan ruang yg diberikan oleh pihak UniSHAMS. 

Fokus Lawatan Selangkah Menggapai Puncak Menara Gading :

  • Meningkatkan tahap motivasi calon-calon SPM dan STAM
  • Meperlihatkan suasana Universiti yang sebenar kepada peserta
  • Memperkukuhkan hubungan jalinan sekolah dengan pihak komuniti luar.


Tentatif
7.40 am   : Bertolak ke UniSHAMS
9.15 am   : Tiba di UniSHAMS
10.30 am : Taklimat oleh Bahagian Koporat
11.30 am : Lawatan ke Bilik Kuliah Kulinari
12.30 th   : Lawatan ke Falkulti Perubatan
1.30 pm   : Lawatan ke Perpustakaan
2.00 pm   : Latihan Dalam Kumpulan (LDK) oleh pelajar UniSHAMS
4.00 pm   : Majlis Penutup
4.30 pm   : Bertolak balik ke sekolah
7.15 pm   : Tiba di sekolah





Taklimat dan kata-kata semangat oleh GBK dan Tuan Pengetua


Ketibaan Di UniSHAMS

Taklimat oleh pihak Publisiti dan Koprat

Taklimat sebelum ke bilik kulinari


Taklimat di Falkulti Perubatan



Lawatan dan mencari bahan di Perpustakaan





Slot LDK oleh pelajar UniSHAMS





Lawatan sekitar bilik kulinari


Penyampaian Penghargaan kepada pihak UniSHAMS dan SAMAWAT


Bergambar sebelum balik