Khamis, 16 Ogos 2018

UJIAN SYAFAWI STAM 2018

Tarikh :  15 - 17 Ogos 2018
Masa :    8 pagi - 4 petang
Tempat : SAMAWAT
Madah :  Hifz Al - Qur'an, Hadith & Mutalaah

Alhamdulillah, seramai 25 orang pelajar STAM termasuk seorang calon tumpang sedang menempuhi Ujian Syafawi STAM 2018. 3 subjek atau madah sahaja yang diuji iaitu Hifz Al - Qur'an, Hadith dan Mutalaah. Yang mana 30% markah lisan ini adalah markah yang dibawa untuk ujian STAM yang sebenar.

Moga - moga calon STAM 2018, yang juga calon sulong SAMAWAT dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh pengawas STAM dengan jayanya.

 Taklimat ujian Syafawi oleh Ustaz Mohd Shafiei
bin Sarbani sehari sebelum ujian berlangsung

 Calon sedang mendengar taklimat yang disampaikan


 Calon pertama Ahmad Nadrullah

 Soalan sedang diajukan oleh pengawas STAM


 Keadaan di bilik menunggu




Isnin, 13 Ogos 2018

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Tema Kemerdekaan tahun 2018 : 
"Sayangi Malaysiaku"


Tarikh : 13 Ogos 2018 (Isnin)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
Penyelaras Program : En. Johari bin Ishak

MUKADDIMAH
Alhamdulillah..selesai sudah majlis perasmian sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2018 yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Azmi bin Othman dengan memecahkan bongkah ais yang terdapat bendera Malaysia yang dikeluarkan dan dikibarkan sebagai gimik pelancaran pada tahun ini. 

Maljis diteruskan dengan ucapan oleh penyelaras program iaitu cikgu Johari bin Ishak dengan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali bersama-sama dengan warga SAMAWAT sebagai tanda semangat kemerdekaan negara Malaysia yang ke-61. Seterusnya majlis diakhiri dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu SETIA, Lagu SAYA ANAK MALAYSIA dan Lagu JALUR GEMILANG.

OBJEKTIF 

  • Membudayakan semangat kecintaan warga sekolah kepada Negara Malaysia.
  • Memperingati akan jasa dan pengorbanan para pejuang yang berkorban bagi memerdekan negara Malaysia.
  • Menanam semangat jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.
  • Menanam nilai sanggup berkorban demi mempertahankan negara Malaysia daripada ancaman musuh.


Gimik Pelancaran yang disempurnakan oleh PK Pentadbiran (Us. Azmi Othman)




Sekitar majlis pelancaran bulan kemerdekaan ke-61 tahun 2018


TEKNIK MENJAWAB LAM -PT3

Tarikh : 12 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 10.00am hingga 12.00 t/hari
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Penceramah :

Jumaat, 10 Ogos 2018

PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE / USRAH KALI KE-6 /2018

Tarikh : 10 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa : 12.05 t/hari hingga 12.35 t/hari
Sasaran : Semua Mentor (Guru), Naqib (Ketua Mentee), Mentee (Murid)

MUKADDIMAH
Alhamdulillah, pada hari ini diberikan kesempatan untuk menjalankan perjumpaan mentor-mentee/ usrah bilangan enam pada tahun ini. Usaha ini dilakukan agar mentor (guru) dapat mempersiapkan diri para mentee (murid) untuk diberikan teguran, bertanya khabar dan sebagainya agar segala keperluan diri mentee (murid) dapat didengari, dibantu dan dipenuhi.

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak iaitu guru dan murid sentiasa menjadikan perjumpaan ini memberi kesan yang diinginkan agar objektif utama program ini dilancarkan diseluruh sekolah di Malaysia tercapai.

IMPAK
  • Berjaya membudayakan nilai-nilai murni seperti tolong menolong, hormat-menghormati antara satu sama lain.
  • Berusaha menjadikan sikap kepedulian guru kepada murid menjadi agenda utama dalam program ini.
  • Menjadikan perkongsian ilmu dan pengetuahuan yang berguna kepada semua yang terlibat.
  • Merapatkan nilai-nilai dan semangat toleransi dan bersedia memberi dan menerima pendapat dalam kalangan ahli.
  • Membentuk sahsiah dan jati diri dalam kalangan ahli agar lebih bersedia berhadapan dengan cabaran yang mendatang.


Rajah 1& 2 : Suasana perjumpaan kali ke-6 tahun 2018

Selasa, 7 Ogos 2018

TEKNIK MENJAWAB USULUDDIN PT3

Tarikh : 2 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat :Bilik Gerakan Sekolah
Penceramah : Ustaz Muhamamd Baihaky bin Mat Akhir

MUKADDIMAH







Isnin, 6 Ogos 2018

KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2018

KEM GEMILANG SAMAWAT

Tarikh : 3 hingga 5 Ogos 2018 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Infra Chalet & Resort, Kuala Gula Sanctury, Kuala Gula, 34350, Kuala Kurau, Perak.

MUKADDIMAH
Program Kem Gemilang SAMAWAT bagi tahun 2018 bagi fasa pertama adalah rentetan daripada bengkel-bengkel teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran tingkatan lima. Program berfokus kepada semua subjek sahaja secara keseluruhan iaitu Matematik, Sejarah, Bahasa Arab, PQS, PSI, Sains, Perniagaan, Bahasa Inggeris dan Perdagangan. Semua subjek ini dipilih berdasarkan kepada kepentingan yang khusus kepada semua calon SPM 2018.

MATLAMAT
Program ini akan bakal diisi dengan bengkel-bengkel dengan menjemput kebanyakan pakar-pakar dari luar (guru pakar) bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada anak-anak SAMAWAT dalam suasana yang berbeza melibatkan persekitaran, gaya pembelajaran, kawalan emosi dan persediaan murid itu sendiri. Pendekatan ini selalu digunakan oleh pihak sekolah agar calon-calon SPM sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk lebih terus meletakkan sasaran dalam mencipta kejayaan dalam SPM menjadi agenda utama.

Semoga dengan kepelbagaian usaha dan usaha pihak sekolah yang dibantu oleh PIBG dari segi idea, tenaga dan wang ringgit mampu menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi pihak sekolah khususnya kepada calon SPM.

OBJEKTIF
Antara objektif kem ini adalah :
  • Menambah, mengaya dan mengukuhkan pengetahuan calon SPM 2018 bagi semua matapelajaran yang diambil.
  • Mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan                                     pengurusan masa yang cekap.
  • Menjelaskan tentang kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format terkini.
  • Merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa sahaja.
  • Melahirkan lebih ramai pelajar yang lulus cemerlang dan 100 % lulus dalam peperiksaan SPM 2018.
  •  Memupuk sikap pelajar supaya memanfaatkan masa belajar.
  • Meningkatkan ilmu, kemahiran dan skil pelajar bagi menghadapi cabaran sebenar SPM 2018 dan,
  • Memberi ruang dan ketenagan belajar dalam persekitaran yang berbeza.



Teknik Menjawab Matematik

Teknik Menjawab Sejarah

Teknik Menjawab Bahasa Arab

Teknik Menjawab Bahasa Melayu


Teknik Menjawab Sains

Antara modul yang digunakan dalam teknik menjawab Bahasa Inggeris

Teknik Menjawab PQS

Ucapan penutup dan Refleksi Peperiksaan oleh Tuan Pengetua


HARAPAN
Adalah diharapkan agar program ini mendatangkan faedah yang besar kepada     semua peserta dan urusetia yang terlibat. Kejayaan yang bakal diraih akan menjadi      titik tolak ke arah pembentukan modal insan yang berminda kelas pertama. Semoga        impian terlaksana. SAMAWAT “ Rajin dan Sopan”

Rabu, 1 Ogos 2018

LAWATAN KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KERIAN (TN. HJ. ABD WAHID BIN RAMLI) KE SAMAWAT

Tarikh: 31 Julai 2018
Masa : 12.00 tengah hari

Bersempena dengan persaraan Tn. Hj. Abdul Wahid Bin Ramli dalam perkhidmatannya selaku Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kerian pada tahun ini,beliau sempat melawat SAMAWAT sebagai inisiatif untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang berkhidmat di daerah Kerian.

Beliau juga sempat memberi nasihat dan motivasi berguna kepada murid-murid SAMAWAT untuk lebih cemerlang dalam menempa kejayaan.

Tuan Haji Wahid bergambar bersama Tuan Pengetua

Lawatan ke Bilik ICT

Lawatan ke Bilik Kaunseling




Lawatan Tuan Haji Wahid kesetiap kelas

Lawatan ke Bilik Guru