Khamis, 2 Januari 2020

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

SAMAWAT : Rajin, Sopan & Cergas

Tarikh : 2 Januari 2020 (Khamis)
Masa : 7.20 pagi - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas nikmat ruang dan peluang yang diberikan kepada semua warga sekolah membolehkan sesi persekolahan hari pertama bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar dan teratur. Hari pertama persekolahan bagi sesi 2020 dimulakan dengan majlis perhimpunan ringkas melibatkan ucapan-ucapan oleh Tuan Pengetua, Pengerusi Lembaga Pengurusan Seekolah (LPS), Ucapan Tuan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan sesi ucapan perkenalan oleh guru baharu.

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
  • Ucapan dimulakan oleh Tuan Pengetua sekolah iaitu Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali berkisar kepada matlamat guru-guru dan pelajar agar lebih berdaya saing dalam menempuh sesi persekolahan bagi sesi 2020. Keberkesanan guru dan perhatian oleh pelajar perlu diselarikan agar slogan sekolah "Rajin, Sopan & Cergas dapat dijelmakan berkisar kepada kesungguhan dalam Kurikulum (Rajin), Sopan (HEM) & Cergas (KOKO).
  • Ucapan Tuan Pengetua juga berkisar kepada Misi dan Visi oleh Dato' Tuan Pengarah JPN Perak iaitu
Ucapan oleh Tuan Pegawai Perhubungan Sekolah (Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan)
  • Ucapan oleh Tuan Pegawai PPS bagi sesi 2020 iaitu Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan menyentuh kepada aspek disiplin pelajar-pelajar di sekolah dan di asrama agar segala perlakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan seperti buli, bergaduh, ponteng sekolah dan apa sahaja bentuk kelakuan yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dijauhi dan dibenteras. Akhir kata ucapan oleh Tuan PPS berharap pelajar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa fokus kepada matlamat hadir ke sekolah setiap hari.
Ucapan oleh Pengerusi Pengurusan Sekolah/LPS (Ustaz Tuan Haji Jamil bin Salleh)
  • Ucapan oleh Pengerusi LPS iaitu Ustaz Jamil bin Saleh dituju khas kepada anak-anak pelajar agar menjadikan usaha dan matlamat hadir ke sekolah sebagai satu keseronokan dan sentiasa fokus kepada maltamat hadir ke sekolah setiap hari. Beliau juga menyentuh beberapa aspek yang mesti ditanam dalam diri pelajar jika ingin berjaya didunia dan diakhirat iaitu sedar akan matlamat hadir ke sekolah, mentaati guru sepenuhnya sepanjang bergelar pelajar, utamakan solat, sentiasa menjadikan subjek bahasa arab mudah dan seronok untuk dipelajari.
Ucapan oleh Pengerusi Majlis

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)

Ucapan oleh PPS sesi 2020 (Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan)

Ucapan oleh Pengerusi LPS (Ustaz Tn. Hj. Jamil bin Salleh)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan