Isnin, 22 November 2021

LAWATAN OLEH PENGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

 Tarikh : 22 November 2021 (Isnin)

Masa : 12.00 tengahari

Nama PPS : Kopral Mohd Faizol bin Ku Abdullah (Penolong Ketua, Balai Polis Tanjung Piandang)

Mukaddimah

Alhamduillah, lawatan oleh Pegawai Perhubungan sekolah (PPS) oleh wakil PDRM pada awal sesi persekolahan merupakan kerjasama atau kolabarasi antara KPM dengan PDRM sentiasa berjalan dengan lancar. Kehadiran Tuan Kopral Mohd Faizol bin Ku Abdullah bagi melihat status pengoprasian sekolah berjalan dengan baik.




HARI PENDAFTARAN ASRAMA & UJIAN SARINGAN KENDIRI COVID FASA 4 SAMAWAT 2021

Tarikh : 22 November 2021 (Ahad)

Lokasi : Sekolah dan Asrama 

Masa : 9.00pagi hingga 10.30pagi (sidang 1/  Tingkatan 1&2) 

& 10.30pagi hingga 12.00 t.hari  (sidang 2/ Tingkatan 3&4)

✊ Lelaki (Bengkel KHB)

✊ Perempuan (Makmal Sains)


Mukaddimah

Alhamdulillah, perjalanan Hari Pendaftaran Asrama berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh barisan pentadbir, guru, AKP serta ibu bapa memastikan semua proses berjalan dengan lancar :

✊ Ujian Saringan Kendiri Covid

✊ Pembayaran Yuran Makan Asrama, PIBG dan LPS

✊ Melaporkan diri ke asrama seteleh ujian mengesahkan keputusan NEGATIF

Sebelum melakukan urusan pembayaran yuran dan melaporkan diri ke asrama, semua murid perlu hadir ke sekolah bagi menjalani ujian saringan kendiri covid dan alhamdulillah, semua murid yang menjalani ujian tersebut yang dikendalikan oleh cikgu Norbainah & Noraida (murid perempuan) dan cikgu Faisal dan Johari (Murid Lelaki) bebas daripada covid.










Khamis, 18 November 2021

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (PKA) SAMAWAT 2021 KELAS BIMBINGAN KASIH (SIRI 1)

 Kelas Bimbingan Kasih tahun 2021 


Tarikh : 8 November 2021hingga 7 Disember 2021

Sasaran : 22 calon SPM kohort 2021

Tindakan : Semua guru MP SPM tahun 2021 (11 orang/11MP)











Isnin, 8 November 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH CALON SPM (ASRAMA) SESI 2021/2022

Tarikh : 7 & 8 November 2021 (Ahad & Isnin)

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Asrama) & 7.10pagi hingga 7.30pagi (sekolah)

Tentatif :

> Pendaftaran (Asrama / 7 Novemver 2021)

> Majlis Bacaan Yassin dan Motivasi ringkas (8 November 2021)

Mukaddimah

Alhamdulillah, ketepatan yang dirancang oleh pihak KPM-JPN-PPD dan pihak sekolah berjalan dengan lancar dengan kehadiran semua 13 orang calon SPM ke asrama pada 7 November 2021 (ahad). Kerjasama unit HEM dengan Pengurusan Asrama dibantu oleh warden asrama memastikan kehadiran murid ke asrama berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.






Laporan diri ke asrama (ahad)




Pemberian cenderamata kepada 13 calon SPM (asrama)






Majlis Bacaan Yassin/ motavsi



Isnin, 1 November 2021

SESI PEMBUKAAN SEKOLAH (FASA 3) BAGI CALON PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2021

 Tarikh : 1 November 2021 (Isnin)

Masa : 6.45pagi

Mukaddimah

Alhamdulillah, sesi pembukaan sekolah bagi negeri diseluruh Malayisa yang sudah beralih ke fasa 3 telah bermula pada 1 November 2021 (isnin) dengan kehadiran calon peperiksaan awam dan antarabangsa iaitu melibatkan calon SPM, STPM, STAM, Sijil Vokasional (KV) dan Peperiksaan Setara Antarabangsa. 

Bagi sekolah asrama penuh, pada minggu pertama mereka masih lagi mengikuti PDPR online dan akan hadir pada 7 & 8 November 2021 selepas cuti perayaan depavali mengikut kumpulan negeri A dan B.

Manakala bagi sekolah yang mempunyai Asrama Harian, hanya calon yang tinggal diluar sahaja yang hadir terlebih dahulu pada minggu pertama. Begitu juga dengan sekolah menengah harian, hanya 50%  sahaja calon yang dibenarkan hadir ke sekolah dan sebahagiannya mengikuti PDPR secara online di rumah. Bagi minggu pertama, hanya hari isnin dan selasa sahaja sekolah beroprasi kerana rabu & khamis cuti sempena perayaan depavali dan Keputeraan Sultan Perak.

Pada minggu kedua, tiada lagi sistem penggiliran bagi calon peperiksaan sesi 2021 hadir ke sekolah sekiranya kelompok setiap sekolah sudah mencapai 90% menerima vaksinasi.

Bagi SMA SHAMSUL MAARIF AL WATANIAH, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuat perancangan awal bagi menyambut kehadiran calon SPM yang ditinggal diluar seramai 9 orang dengan pemberian cenderamata yang disempurankan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali kepada semua 9 orang calon yang hadir. Tahniah kepada semua calon yang hadir.

Pada jam 7.20pagi, sedikit sesi taklimat dan motivasi kepada calon SPM dan disudahi dengan Majlis Bacaan Yassin memohon semangat dan keredhaan Allah swt. Tepat jam 7.40pagi, kelas secara bersemuka diteruskan oleh Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad (Usul Al Din)