Khamis, 20 Oktober 2022

LAWATAN SAMBIL BELAJAR " PROGRAM MENGAPAI PUNCAK MENARA GADING" KE UPSI

Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 7.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak

Jumlah guru pengiring : 4 orang
Jumlah pelajar : 34 orang

Alhamdulillah, Program Selangkah ke Puncak Menara Gading adalah usaha yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama dengan unit hal ehwal murid berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kerjsama daripada semua pihak khususnya pelajar sangat baik.

Objektif Program :
1) Memberi motivasi kepada pelajar khasnya calon SPM untuk lebih bersemangat memburu impian ke menara gading
2) Memberi satu bentuk pendekatan baru dalam proses memantapkan jati diri pelajar.
3) Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah mengenai kehidupan di Universiti.
4) Memperkenalkan bidang-bidang yang ditawarkan di UPSI kepada pelajar.









Rabu, 19 Oktober 2022

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (KESEDARAN KEUSAHAWANAN) "ZERO TO HERO" BERSAMA AL IKHSAN SPORT SDN.BHD

Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)
Tempat : Dewan Utama Sekolah
Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang

Penyelaras : En. Ahmad Murshidi bin Ramli 

Kerjasama bersama : Syarikat Al Ikhsan SPORT Sdn. Bhd

Alhamdulillah, PIBG melalui penglibatan sarana sekolah/PIBG bagi penglibatan sektor swasta berjaya dijalankan dengan menjemput wakil daripada Syarikat Al Ikhsan Sport. Sdn. Bhd bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Kesedaran Keusahawan) " Zero to Hero" kepada semua murid SAMAWAT telah membuka gambaran baharu kepada pelajar. Tahniah kepada unit sarana PIBG atas penganjuran ini.








Selasa, 11 Oktober 2022

KEJOHONAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH & HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

Kejohonan Sukan Tahunan Sekolah 2022 
Tarikh : 1 & 2 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang SK Tanjung Piandang / Padang SAMAWAT

Dirasmikan oleh : Tuan Haji Jamil bin Saleh (Pengerusi LPS)

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2022
Tarikh : 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail



















MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2022 BERSAMAAN 1444 HIJRAH

Tarikh : 7 Oktober 2022
Masa : 7.20 pagi hingga 10.00pagi
Tempat : Dewan Utama Sekolah

Kolaborasi bersama SK Tanjung Piandang bersama SMA Shamsul Maarif Al Wataniah

Pendahuluan 
Alhamdulillah, perjalan majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 2022 bersamaan 1444 hijrah bersama dengan SK Tanjung Piandang berjalan dengan lancar. Atas nama jalinan kasih bersama antara SK Tanjung Piandang bersama SAMAWAT membuka lebaran baharu dalam sambutan pada tahun ni. Kesepakatan dan keharmonian dalam menyatuni aktiviti menjadikan majlis mencapai matlamat yang diinginkan.

Tentatif Perjalanan Majlis :
Bacaan Surah Yassin
Perarakan dan ketibaan murid, guru, wakil PIBG daripada SK Tanjung Piandang
Ucapan Pengacara Majlis
Ucapan  Aluan olehTuan Pengetua SAMAWAT
Ucapan oleh GB SK Tanjung Piandang
Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Roslan
Persembahan Nasyid & Qasidah
Penyampaian cenderama dan sumbangan surau oleh SK Tanjung Piandang kepada SAMAWAT
Selawat & bersurai