Rabu, 29 Januari 2020

LADAP SIRI 1 TAHUN 2020 : KESIHATAN MENTAL

Tarikh : 28 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 3.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Sasaran : Pentadbir, Guru dan AKP seramai 27 orang

Disampaikan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)

Mukaddimah
Alhamdulillah, LADAP siri pertama bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua dengan penglibatan semua pentadbir, guru dan AKP. Penerimaan oleh semua peserta yang terlibat amat memberasangkan terhadap perkongsian yang disampaikan.

Apa itu Tarif Kesihatan Mental?
Kebolehan seseorang individu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang kepada masyarakat. atau kemampuan kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain dengan menggunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama (Dasar Kesihatan Mental Kebangsaan)

Impak kepada peserta
Penyampaian dan penjelasan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua amat jelas dan santai kepada semua yang terlibat mengenai tarif kesihatan mental yang sebenar berkaitan dengan isu-isu sekarang. Turut dipaparkan video-video yang berkaitan dengan kesihatan mental. Semua peserta berupaya menguasai pendekatan dan ilmu yang disampaikan berkisar kepada punca dan langkah mengatasi.

Penambahbaikan
Jika berkempatan, boleh diedarkan borang soalselidik kepada semua peserta yang terlibat bagi mengukur tahap kesihatan mental masing-masing bagi langkah pencegahan yang lebih awal. Selesai perkongsian tersebut, segala maklumat /pelaporan terus dikemaskini dalam blog sekolah dan aplikasi googleform di http://bit.ly/PSE3A-PERAK sebagai rujukan kepada JPN dan KPM.





Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) menyampaikan perkongsian kepada semua peserta.

Rabu, 22 Januari 2020

PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu)
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Masa : 10.30 pagi

Disempurnakan oleh : En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua)

Keputusan STAM bagi tahun 2019 :

  • Jumlah Calon : 13 orang
  • Jumlah Lulus : 46.15%
  • GPMP = 3.52
Jumlah Peratusan Mengikut Pangkat :
  1. Mumtaz : 0.00%
  2. Jayyid Jiddan : 23.08% (3 orang)
  3. Jayyid : 23.08% (3 orang)
  4. Maqbul : 0.00%
  5. Rasib : 53.85% (7orang)
Analisis Pencapaian STAM (2019)











Selasa, 21 Januari 2020

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PRS BAGI SESI 2020

Tarikh : 20 Januari 2020 (Isnin)
Masa : 7.20 pagi hingga 8.15 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT

Disempurnakan oleh : Sarjan Majer (SM) Ramlee bin Yamat 
(Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang, Perak)

Mukaddimah
Alhamdulillah, perjalanan bagi watikah pelantikan bagi pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya (PRS) berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh unit HEM kerjasama dengan UBK. 
Majlis pada sesi 2020 disempurnakan oleh Sarjan Majer (SM) Ramlee bin Yamat, Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang, Perak mewakili Tuan Insp. Ahmad Safwan bin Mohd Rosslan, Insp Risikan, Oprasi/ Tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Bagan Serai, Perak yang tidak dapat hadir kerana kerja rasmi di Kota Baharu, Kelantan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan baik.

Tentatif Perjalan Majlis :
7.30am  : Ketibaan Tetamu
7.35am  : Alunan Asma Al Husna, Lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak
7.40am  : Bacaan Doa
7.45am  : Kata aluan oleh pengerusi majlis (Us. Muhaimin)
7.50am  : Ucapan Tuan Pengetua (En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
7.55am  : Ucapan Perasmian oleh SM Ramlee bin Yamat
8.00am  : Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, PSS & PRS sesi 2020 (59 orang)
8.10am  : Bacaan Ikrar oleh PRS dan Pengawas Sekolah
8.15am  : Sesi Bergambar dan bersurai


Ucapan Penyelaras Majlis
Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan oleh Perasmi (SM Ramlee bin Yamat)
Tetamu, Guru dan Pelajar




Penyampaian Watikah Pelantikan
Ikrar oleh PRS
Ikrar oleh Pengawas Sekolah
Gimik Pelancaran oleh perasmi SM Ramlee bin Yamat




KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SESI 2020

Tarikh : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Sekitar Kampung Tanjung Piandang, Perak

Jarak : 8KM (Lelaki) & 5KM (Perempuan)
Disempurnakan oleh : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Tuan Pengetua SAMAWAT)
Sasaran : Semua pelajar dari tingkatan 1-5
Jenis Katogeri : (L B14 & B18, P B14 & B18)

Sekitar Perjalanan Kejohanan :
7.15am    : Pelajar berkumpul di dewan Perdana SAMAWAT
                : Taklimat ringkas oleh Penyelaras
7.30am    : Senamrobik
8.00am    : Acara bermula (disempurnakan oleh Tuan Pengetua)
9.10am    : Semua peserta tiba di sekolah
9.30am    : Sesi Majlis Penutup
                : Ucapan Penyelaras Program
                : Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua
                  (En. Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
                : Sesi Penyampaian Hadiah kepada pemenang
10.15am  : Sesi Bergambar dan majlis bersurai

Alhamdulillah, perjalanan bagi kejohonan Merentas Desa peringkat sekolah tahun 2020 berjalan dengan lancar bagi semua katogeri yang dipertandingkan.

Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada AJK Guru dan Pelajar (STAM) yang terlibat secara langsung atau sebaliknya bagi menjayakan program pada tahun ini. Malah beberapa rekod kejohanan yang berjaya dicatat bagi tahun ini. In Sya Allah pada 1 Februari 2020 (Sabtu) pihak sekolah akan menghantar 24 orang wakil bagi kesemua katotegi yang dipertandingkan bagi kejohonan Peringkat Daerah Kerian.

Majulah sukan untuk SAMAWAT : Rajin, Sopan & Cergas



Senamrobik dijalankan sebelum larian 


Peserta dilepaskan oleh Tuan Pengetua




Majlis penyampaian hadiah

Ucapan Tuan Pengetua




Penyampaian kategori perempuan (B14, B18)


Penyampaian Kategori Lelaki (B14, B18)

Rabu, 15 Januari 2020

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2020 SUMBANGAN YAYASAN IKHLAS

Tarikh : 10 Januari 2020 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : 69 orang murid (ting 2-5)

Disempurnakan oleh : Yang Berbahagia Dato' Rosli bin Ramli 
(Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas)

Tetamu Khas :

  • Tuan Haji Abdul Rahman bin Hamid (Timb. Pengerusi LPS)
  • Ustaz Murad bin Hussain (YDP PIBG)
  • Ir. Haji Kamaruddin bin Kasim(Pengurus Besar Yayasan Ikhlas)
  • Pengerusi-pengerusi Masjid (7 buah masjid)
Tentatif Majlis :
3.00 pm  : Ucapan Pengerusi Majlis
3.10 pm  : Ucapan Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
3.15 pm  : Ucapan Yang Berbahagia Dato' Rosli bin Ramli 
                 (Pengerusi Lembanga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas)
3.45 pm  : Penyampaian Sumbangan kepada 20 orang murid.
               : Penyampaian Cenderamata kepada pengerusi-pengerusi masjid
               : Penyampaian Cenderamata kepada pihak sekolah
               : Penyampaian Cenderamata kepada pihak Yayasan Ikhlas oleh pihak sekolah.
4.14 pm  : Sesi Bergambar
4.30 pm  : Jamuan ringkas
5.00 pm  : Bersurai

Alhamdulillah, majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Sesi 2020 sumbangan oleh Yayasan Ikhlas yang disempurnakan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' Rosli bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas kepada 69 orang murid keseluruhannya berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan penyampaian cenderamata kepada 7 buah masjid yang dijemput khas. 
Pihak majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yayasan Ikhlas dan semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.