Khamis, 21 Januari 2021

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2021

Calon SPM dan STAM kohot 2020

Tarikh : 19 Januari 2020 (Selasa)

#Lapor diri ke asrama sekolah / Jumlah calon (SPM 11 orang/Calon STAM 2 orang)

Tarikh : 20 Januari 2020 (Rabu)

#Kehadiran murid ke sekolah (SPM 17 orang / Calon STAM 7 orang)


Mukaddimah

Alhamdulillah, sesi persekolahan sesi 2021 bermula secara rasminya pada 20 Januari (Rabu) dengan kehadiran calon SPM dan STAM kohot 2020 sahaja. Situasi ini kerana sesi persekolahan bagi sesi 2021 ditangguhkan kerana risiko Covid 19 yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda. Namun, calon SPM dan STAM kohot 2020 dibenarkan hadir bagi menghabiskan sesi persekolahan  sehingga peperiksaan sebenar dijalankan (SPM 22 Febaruari / STAM 28 Mac). Di doakan semoga urusan perjalanan calon-calon SPM dan STAM dipermudahkan oleh Allah dan memberikan mereka kejayaan yang cemerlang didunia dan di akhirat.

Pihak sekolah dengan kerjasama PPD dan PPS akan sentiasa memastikan SOP dalam kalangan calon SPM dan STAM seramai 24 orang dijaga sebaik mungkin agar risiko covid 19 dapat dihindari.
#kita jaga kita

#stay at home

Perjalanan Tentatif :

6.40 pagi   : Menyambut kehadiran murid 

7.30 pagi   : Motivasi / Muhasabah Diri calon SPM/STAM kohot 2020

8.00 pagi   : Pendaftaran Murid Tingkatan Satu 2021

8.00 pagi   : Lawatan oleh Pegawai PPD (SOP)

11.00 pagi : Lawatan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

2.00 petang : Murid Balik ke asrama / Rumah



Ketibaan calon SPM dan STAM seramai 24 orang


Sesi Motivasi dan Muhasabah Diri


Lawatan oleh Pegawai PPD



Kunjungan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)






Murid balik ke asrama /rumah