Rabu, 28 Jun 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN HARI BERTEMU WARIS PERINGKAT SEKOLAH

Telah dilaksanakan pada 22 Jun 2017 KHAMIS hari akhir persekolahan sempena Cuti Hari Raya Aidil Fitri.
majlis berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sambutan waris amat menggalakkan.




Sabtu, 17 Jun 2017

PROGRAM IHYA RAMADHAN SEMPENA IFTAR JAMAIE’ SAMAWAT 2017

Tarikh : 16 Jun 2017 (Jumaat)
Masa   : 6.00pm hingga 10.00malam
Tempat : Masjid Jamek Tanjung Piandang / Kantin sekolah

Pendahuluan

Program ini dijalankan dengan melibatkan semua guru, staf, murid, ibu bapa dan komuniti setempat. Program ini yang bermula pada jam 6.00 bermula dengan pendaftaran dan berakhir dengan solat terawih dan witir. Penglibatan oleh semua pihak seperti ibu bapa yang hadir amat memberangsangkan dan menjayakan program ini sehingga ke akhir tentatif yang telah ditetapkan.
Kerjasama daripada semua pihak seperti guru-guru, staf, murid dan ibu bapa telah menjayakan program ini sehingga mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Dipaparkan tentatif dan gambar-gambar sepanjang program ini berjalan seperti dibawah :


TENTATIF IFTAR JAMAI’E SAMAWAT 2017

6.00pm – 6.15pm     : Pendaftaran Ibu Bapa dan pelajar (Pn. Fadziah/guru kelas)
6.15pm – 6.20pm     : Ucapan aluan pengacara majlis (Ustaz Murshidi Ramli)
                                 : Bacaan Doa
6.20pm – 6.30pm     : Ucapan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)
6.30pm – 7.00pm     : Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Murad bin Hussain “Keistemewaan Lailatul
                                    Qadar”
7.00pm – 7.30pm      : Bacaan Tahlil dan Doa (Ustaz Roslan Ramli)
7.32pm                      : Iftar Jamaie
                                  : Solat Maghrib Berjemaah
8.40pm                      : Solat Isyak Berjemaah
                                  : Terawih dan Witir
10.00pm                    : Bersurai



Ucapan oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad bin Abdullah)

Tazkirah jemputan oleh Us. Murad bin Hussain (YDP PIBG)

Sesi Pendaftaran Ibu Bapa yang hadir







Edited By : Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (Penyelaras Program)

Selasa, 13 Jun 2017

FORUM AMBANG RAMADHAN SAMAWAT 1438 HIJRAH

TARIKH   : 26 MEI 2017
MASA      : 7.30 AM hingga 10.00AM
HARI        : JUMAAT

Mukadimmah
Alhamdulillah..pihak sekolah telah berjaya menjayakan satu program yang cukup bersejarah buat warga SAMAWAT iaitu Forum Ambang Ramadhan SAMAWAT 2017 iaitu sehari sebelum umat islam di Malaysia menyambungnya. Idea dan cadangan yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah) dengan menampilkan ahli-ahli panel yang berpengalaman iaitu :

  • Panel 1  : Ustaz Azmi bin Othman (Al-Azhari)
  • Panel 2  : Ustaz Roslan bin Ramli (Al-Hafiz)
  • Moderator : Ustaz Murshidi bin Ramli
Forum yang berjalan selam 2jam lebih ini dikendalikan oleh Ustaz Murshidi sebagai moderator bersama dengan Al-Azhari Ustaz Azmi bin Othman dan Al-Hafiz Ustaz Roslan bin Ramli dipecahkan kepada 3 pusingan dan pusingan terakhir iaitu pusingan ke-3 adalah soal jawab kepada ahli panel. Pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua ahli panel dan gaya bertenaga dan spontan oleh tuan moderator mengimik suasana hadirian SAMAWAT yang hadir. Semoga pendekatan ini dijadikan acara tahunan sekolah dalam kepelbagaian penyampaian ilmu yang berguna buat semua warga SAMAWAT.


Matlamat Program
Forum Ambang Ramadahn ini yang dijalankan oleh pihak sekolah ini adalah untuk mendedahkan kepada semua warga SAMAWAT akan kelebihan-kelebihan bulan ramadhan. Program ini dilihat mampu memberi ilmu dan pengetahun yang berguna kepada semua warga SAMAWAT yang hadir. 






Edited by : Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelaras Forum Ambang Ramadhan 2017)


Rabu, 7 Jun 2017

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (SAMAWAT) 2017

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (SAMAWAT) 2017

Program ini telah diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 16 Mei 2017 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pada hari Selasa 16 Mei 2017, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah, Tg. Piandang telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2017 dengan tema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Noh dan Dataran SAMAWAT. 
      Semua pelajar dan guru telah berkumpul di Dewan  pad Tuan Guru Hj. Noh pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan alunan al-asma’ al-Husna, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Perak Excellent. Seterusnya, ucapan