Jumaat, 23 Oktober 2020

DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SIRI 1/2020

 Program Lonjakan Prestasi Mata Pelajaran

Tarikh : 22 November 2020 (Khamis)

Masa : 1.00 petang hingga 2.30 petang

MP : Matematik, Sejarah, Adab, Manahij, Bahasa Melayu dan LAM

Alhamdulillah, dialog prestasi bagi 6 mata pelajaran berjalan dengan lancar dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh KKM. Usaha program ini bagi melihat TOV perbandingan dengan PPT dan PP bagi tahun 2020. Dalam masa sama juga, murid yang meningkat gred purata bagi setiap mata pelajaran diberikan sedikit ganjaran (alat tulis) bagi memberi motivasi kepada mereka untuk terus fokus kepada SPM yang sebenar.

Terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru dalam memastikan usaha yang dicurahkan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.









Isnin, 19 Oktober 2020

PROGRAM 3K (Keselamatan, Keceriaan, Kesihatan) SAMAWAT TAHUN 2020

Tarikh : 17 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa : 8.00pagi hingga 1.00 petang

Tema : Taman Landskap, Taman Herba dan Kolam Ikan.

Anjuran : PIBG, LPS, Sekolah, Komuniti serta kerjasama daripada Pejabat Pertanian Tanjung Piandang, Perak.

Alhamdulillah, Program ini berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. Kerjasama oleh semua pihak, guru-guru, Ibu Bapa, Murid serta komuniti dalam menjayakan program  ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tentatif :

8.00 pagi      : Alu -aluan oleh Pengarah Program (Ustaz Kamal)

8.05 pagi     : Ucapan oleh Tuan Pengetua 

8.15 pagi     : Taklimat Khas oleh Pegawai Pejabat Pertanian T. Piandang.

8.30 pagi     : Majlis Melawat lokasi (Majlis Perasmian oleh Pegawai Pertanian)

9.00 pagi     : Program 3K bermula

12.00 t.h      : Jamuan Makan

1.00 petang : Bersurai










Khamis, 15 Oktober 2020

ZIARAH CAKNA BIL. 3 TAHUN 2020

 Tarikh : 15 November 2020 (Khamis)

Jam : 10.00 pagi

Tempat : Sungai Labu Bawah Tanjung Piandang, Perak

Murid yang dilawati : Muhammad Firdaus bin Mohd Nazrib (Tingkatan 2 Darimi), Kg. Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang, Perak.

Fokus : Ponteng

Guru yang terlibat : Kaunselor dan Guru Kelas

Impak :

Alhamdulillah, melalui ziarah ini serta perbincangan bersama ibunya, murid tersebut telah mula hadir ke sekolah dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan ibunya. Semoga usaha ini berkekalan dan memberi contoh yang terbaik kepada rakan-rakan yang lain.





Jumaat, 2 Oktober 2020

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB USUL AL DIN SPM BIL.2 TAHUN 2020

 Kelas Berfokus (Madah Usul Al Din)

Tarikh : 1 Oktober 2020 (Khamis)

Masa : 3.00 petang- 4.00 petang

Tempat : Bengkel RBT SAMAWAT

Penceramah : Dzulyalyna binti Ahmad Zahidi (SMA Addiniah Jelutung, Cangkat Jering, Perak merangkap JU Negeri MP Usul Al Din

Penyelaras : Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad







MESYUARAT KHAS 3K BERSAMA AJK PIBG TAHUN 2020

 Tarikh : 29 September 2020 (Selasa)

Masa : 2.30 petang hingga 4.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Mukaddimah

Mesyuarat Khas Guru bersama AJK PIBG bagi membincangkan dan meluluskan program 3K iaitu Kesihatan, Keselamatan dan Kecerian melibatkan usaha mewujudkan Taman Landskap, Kolam Ikan dan Taman Herba. Kerjasama ini bagi memfokuskan idea, kewangan serta mewujudkan tabung sumbangan serta penglibatan semua pihak bagi menjayakan program ini

BENGKEL TEKNIK MANJAWAB SAINS SPM BIL. 2 TAHUN 2020

 Tarikh : 30 September 2020 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Penceramah : En. Wan Faiz bin Durani (SMK Kuala Kurau)

Penyelaras : Puan Zakiah Hayati binti Mohd Idris






BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2020

Tarikh : 21 Julai 2020 (Selasa)

Jam : 3.00 petang hingga 4.30 petang

Penceramah : En. Nor Kamaruddin bin Ibrahim (SMA Al Falah)

Penyelaras : Puan Shahidawati bin Osman






GOOGLE MEET TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM TAHUN 2020

 Tarikh : 21 September 2020 (Isnin)

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Masa : 2.30 petang-4.00 petang

Penceramah : Puan Haslina binti Hashim (SMK Alang Iskandar), En. Wan Faiz bin Durani (SMK Kuala Kurau)

Penyelaras : Puan Zakiah Hayati binti Mohd Idris