Rabu, 29 Jun 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA & GURU BIL. 1 SESI 2022/2023

 Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)

Masa : 2.30 petang hingga 4.40 petang

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Mukaddimah

Alhamdulillah, Mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2022/2023 berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kerjasama semua AJK bagi memastikan segala agenda mesyuarat mencapai kata sepakat untuk diterjemahkan kepada usaha pembangunan menyeluruh pelajar dan sekolah. Kerjasama PIBG bersama dengan sekolah serta usaha dalam melibatkan komuniti setempat mendapat sambutan memberasangkan.

Agenda Mesyuarat :

1) Ucapan Pengerusi

2) Ucapan Penasihat

3) Dokongan projek kerjasama BSN (Kad Debit Pelajar)

4) Perancangan Program Sokongan oleh PIBG ( Akademik, Sahsiah, Kokurikulum)

5) Syor usul/ cadangan ibu bapa/waris (MAT PIBG ke-15)

6) Cadangan perancangan program PIBG 2022/2023

7) Hal-hal lain



Diakhir mesyuarat, majlis penyerahan watikah pelantikan AJK baharu sesi 2022/2024 disempurnakan oleh Tuan Pengetua (penasihat) kepada semua AJK yang dilantik. Moga terus komitmen dalam amanah yang diberikan bagi pembangunan kurikulum, sahsiah, kokurukulum dan lain-lain pembangunan demi kemajuan SAMAWAT 














Isnin, 27 Jun 2022

PERJUMPAAN KADET REMAJA REMAJA (KRS) KALI KE-3 : IKHTIAR HIDUP

Tarikh : 23 Jun 2022 (Rabu)

Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang

Tempat : Sekitar kawasan sekolah

Penyelaras : En. Johari bin Ishak

Sasaran : Semua guru penasihat plantun & semua murid










Rabu, 22 Jun 2022

PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA TAHUN 2022

Tarikh : 20 Jun 2022 (Isnin)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Disempurnakan oleh : Tuan Haji Mohd Suhaimi bin Ismail (Pengetua)

Pendahuluan

Alhamdulillah, Pelancaran Sekolahku Sejahtera peringkat SAMAWAT berjalan dengan lancar. 

Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia boleh dicapai menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep Sekolahku SEJAHTERA, 14 elemen nilai murni yang diumumkan oleh KPM, serta lagu dan lirik rasmi.

Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:

  1. Selamat
  2. Seronok
  3. Sihat
  4. Etika
  5. Empati
  6. Jati diri
  7. Adab sopan
  8. Harmoni
  9. Tekun
  10. Teliti
  11. Terampil
  12. Eksplorasi
  13. Rasional
  14. Artikulasi

Pelaksanaan Konsep

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid.

Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.









PROGRAM KEPIMPINAN SURI TELADAN UNGGUL SAMAWAT SESI 2022/2023

Tarikh : 18 Jun 2022 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Dewan Utama Sekolah

Guru yang terlibat :

  • 1) Muhd Faisal bin Hassan (GBK)
  • 2) Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelas SUMUR)
  • 3) Muhammad Muhaimin bin Mustapai (Warden Asrama)
  • 4) Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (Guru Disiplin)


Sasaran program : Pengawas sekolah, PRS, PSS, Ketua & Penolong Kelas, AJK Asrama 

Pendahuluan 

Alhamdulillah, program kepimpinan pemimpin sekolah yang melibatkan pengawas sekolah, PRS, PSS, Ketua/penolong kelas & AJK kepimpinan asrama aspura dan aspuri dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling bersama SUMUR dan unit disipin SAMAWAT bagi sesi 2022/2023. Program yang melibatkan fasa pertama daripada empat (4) fasa bagi melahirkan pemimpin yang lebih berketerampilan dan berdaya saing merangkumi semua aspek.

Tentatif Program :

  • Taklimat Program
  • Ais Breaking
  • Penyusunan dan kemaskini Organisasi
  • Jati Diri











Khamis, 16 Jun 2022

PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2021/2022

 Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Sekolah

Jumlah guru dan calon terlibat : 22 orang calon & guru SPM 2021/2022

Jumlah Perbelanjaan : RM0.00

GPS SPM 2021/2022 : 5.17

Lulus : 100%

Mukaddimah

Alhamdulillah, keputusan SPM bagi sesi 2021/2022 telah diumumkan oleh KPM dan pihak sekolah mencatat peningkatan GPS dari 5.62 kepada 5.17 melibatkan 22 orang calon kesemuanya.

Antara calon cemerlang SPM sesi 2021/2022 :

1) Mohd Alif bin Kamal 5A

2) Muhammad Rushi 









KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH KERIAN TAHUN 2022/2023

 Tarikh : 16 Jun 2022 (Rabu)

Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Bertempat : SMK Sri Kurau, Bagan Serai, Perak

Guru Pengiring : Ustaz Abdul Malik bin Hashim (PK KO), En. Muhd Faisal bin Hassan, Pn. Alwiah bin Mat Rashid

Jumlah terlibat : 15 orang murid 

> Bawah P15 : 4 orang

> Bawah L15 : 3 orang

> Bawah P18 : 4 orang

> Bawah L18 : 4 orang