Rabu, 29 Mac 2017

LAWATAN SUSULAN PPD KE SAMAWAT

29 MAC 2017 RABU 8.30am
Lawatan susulan daripada pemantauan bersepadu tempoh hari.
Hasil lawatan kali ini menunjukkan perkembangan positif terhadap kemaskini fail2, susun atur yg kemas dan menarik. Walaubagaimana pun perlu diingatkan,.. segala dokumen mestilah sentiasa up to date/ terkini.
Lawatan ini diwakili oleh en kamal.
Terima kasih kepada semua warga yg terlibat
Narrated by Azmi Othman

KURSUS PEMBINAAN BLOG di PKG KUALA KURAU

RABU 29/03/2017

Bertempat di PKG Kuala Kurau, anjuran bersama Kolej Komuniti Bagan Serai, satu Kursus Pembinaan Blog sedang dijalankan dimana peserta-peserta terdiri daripada  Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT sekolah-sekolah di bawah seliaan PKG Kuala Kurau. Untuk kursus ini, SAMAWAT tidak terkecuali dan turut menghantar Guru Penyelaras ICT untuk kursus ini.

Selasa, 28 Mac 2017

CENDERAHATI ULANG TAHUN KELAHIRAN DAN AGIHAN SMART PHONE YES

17 MAC 2017 Jumaat 10.30am
Para guru SAMAWAT telah menerima smartphone Yes Altitude bg tujuan pdp.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pengetua dan guru ICT. Diharapkan smartphone Yes Altitude ini akan meningkatkan penggunaan Frog Vle melalui aplikasi-aplikasi frog yang telah disediakan.

Isnin, 27 Mac 2017

PAKEJ CUTI TERANCANG

17Mac 2017, JUMAAT 7.45am
Selepas majlis tadarus quran mingguan telah disampaikan fail2 tugasan kepada murid ting 1 hingga 5 sebagai program pakej cuti terancang. Fail2 tersebut disertakan tugasan setiap mata pelajaran bg memastikan cuti sekolah ini lebah bermakna dan terancang.

PELANCARAN MINGGU BAHASA ARAB

27 MAC 2017 ISNIN 7.30am
Pelancaran program Minggu Bahasa Arab telah sempurna dirasmikan oleh us.Muhamad bin Abdullah Pengetua SAMAWAT.
di susuli ucapan tasyjiayah dari pentadbir dalam bahasa arab.
Antara objektif dan pengisian minggu bahasa arab :-
Objektif: merealisasi kebitaran sekolah dalam kurikulum ialah bahasa arab.
Pengukuhan bahasa arab dalam peebualan harian disamping membantu murid dalam matapelajaran b.arab.
Menambah perbendaharaan kata dalam bahasa arab melalui alyaum kalimah wahidah.

Isi program: pertandingan kalimatus sobah, pertandingan khatul arabi dan biah arabiah didalam kelas.

Sabtu, 11 Mac 2017

LADAP 2 ( PENGURUSAN KOKURUKULUM)

SABTU 11/02/2017 8.30am
Telah diadakan LADAP peringkat SAMAWAT bagi meningkat kemahiran guru2 dalam pengurusan koku khususnya pengurusan fail.
Ianya telah disampaikan olehbtuan Hj.Saidin bin Mohd Noor penolong PPD bahagian Kokurikulum. turut hadir wakil tuan PPD En.Rodzi bin Mat Aji pen.PPD kurikulum.

Selasa, 7 Mac 2017

MESYUARAT KEW BIL 01 TAHUN 2017

SELASA 7/3/2017 2.30pm
Mesyuarat kewangan bil 1/2017 telah diadakan dgn dihadiri oleh
Pengetua , PK Pentadbiran, PK HEM, PK KOKU dan AJK Kewangan bagi membentang dan menetapkan agihan PCG dan Peruntukan Asrama.
Mesyurat tamat jam 3.45pm.

Narrated by Azmi Othman.

Ahad, 5 Mac 2017

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESSI 2017






SAMAWAT NAIB JOHAN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD DAERAH KERIAN 2017


Pasukan bola tampar sekolah tahun ini telah melakar sejarah apabila dapat mengalahkan pasukan johon tahun lepas SMK Bagan Serai. Walau bagaimana pun pasukan SAMAWAT hanya menduduki tempat kedua setelah tewas dgn SABK Alfalah.

Jumaat, 3 Mac 2017

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG

Sekarang sedang berlansung majlis pembukaan Mesyuarat Agong PIBG peringkat sekolah SAMAWAT.
Mesyuarat dirasmikan oleh SR Dr. Sukeri bin Khalid Pensyarah Universiti Utara Malaysia.





PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan Awal Tahun bagi tingkata5 dan ujian 1 tingkatan4 bermula pada 2/3/2017(Khamis) sementara tingkatan satu, dua, dan tiga bermula 6/3/17 isnin. Tarikh akhir peperiksaan dan ujian adalah pada 13/2/17.
Didoakan semoga semua pelajar dapay menjawab dengan baik.
Narrated by Azmi Othman

Khamis, 2 Mac 2017

LADAP : Taklimat SKPMg2

Taklimat SKPMg2 telah sampaikan kepada guru dan AKP pada 28/2/2017 jam 3.00ptg.
Taklimat ini merangkumi Standrad 1 dan 4 yg disampaikan oleh Pengetua, manakala Standard 2 dan 3 disampaikan oleh PK Pentadbiran.
PdPc fasa 1 akan bermula pada April hingga Julai, manakala penilaian kendiri guru telah bermula JAN hingga MAC. Segala bahan dan tapak autokira telah dimuatnaik ke dalam email sekolah.
Taklimat diakhiri dgn penyampaian mug hari lahir bagi guru dan AKP yg lahir pada Jan dan Feb.

Narrated by Azmi Othman

Pemantauan bersepadu PPD Kerian

22 FEB 2017 Rabu, bermula jam 6.30am SAMAWAT telah dilawati oleh us.Habullah bagi melihat para pelajar menunaikan solat subuh. Pada jam 7.30am pegawai2 dari PPD mula memasuki perkarangan SAMAWAT.
Pemantauan ini diketuai oleh en Sya'rani bersama 12org pegawai lain.
Majlis dimulakan dgn taaruf dan ucapan ringkas dari en Sya'rani diikuti sessi pembentangan oleh pengetua standard 1 dan 2, PK pentadbiran ETR dan program peningkatan manakala HEM dan Koku berkenaan laporan dan pencapain tahun 2016.
Seterusnya para pegawai berpecah menjalankan tugas masing2, menyemak fail, mencerap dan melihat kawasan sekeliling. Pada jam 12 tghari dibentang hasil dapatan bersama G8.



by Azmi Othman