Sabtu, 30 Jun 2018

LADAP FROG VLE


30 JUN 2018, Sabtu, 8.30 pagi

Alhamdulillah, LADAP frog vle telah berjaya diadakan pada hari sabtu yang lalu. Seramai 22 orang guru telah hadir termasuk Tuan Pengetua. LADAP ini telah disampaikan oleh Puan Nor Bainah Binti Zaini.

Tahniah kepada semua yang menjayakan bengkel ini. In sya Allah segala ilmu dan pengalaman akan diimplimentasikan dengan sebaik mungkin oleh semua guru- guru demi kepelbagaian teknik pembelajaran kepada pelajar.
















Rabu, 27 Jun 2018

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Penilaian PBPPP oleh Pegawai Penilai (PP) Tn.Hj. Mohd Azlan bin Mohd Noor daripada SPI, JPN. Pegawai Yang Dinilai (PYD) terlibat :
1. Pengetua
2. PK Pentadbiran
3. PK Hal Ehwal Murid
4. PK Kokurikulum


Penilaian & bimbingan PBPPP fasa 1 pada 28 Mei 2018


Penilaian & bimbingan PBPPP fasa 2 pada 26 Jun 2018

Jumaat, 8 Jun 2018

PENYAMPAIAN PAKEJ LATIHAN TERANCANG KEPADA SEMUA TINGKATAN

Tarikh : 8 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kelas masing-masing
Sasaran : Semua calon PT3, Thanawi, SPM dan STAM bagi tahun 2018

Alhamdulillah, cuti pertengah penggal persekolahan kian berlabuh bermula esk (9 Jun 2018) dimana semua murid sekolah akan mula bercuti selama 2 minggu yang akan berakhir pada 24 Jun 2018. Melalui unit Kurikulum yang dijalankan pada setiap tahun amnya dan khasnya pada cuti-cuti sekolah sentiasa bersiap sedia menyediakan Pakej Cuti Terancang yang disasarkan kepada calon-calon PT3, Thanawi, SPM dan STAM bagi tahun 2018. 

Melalui program ini, setiap orang murid akan diberikan Pakej Cuti Terancang bagi semua mata pelajaran berupaya soalan-soalan dan kerja rumah yang perlu disiapkan sebelum hadir ke sekolah nanti. Pendekatan ini dijalankan disekolah bagi membekalkan sesuatu yang bernilai kepada semua calon agar melihat kepentigan dalam akademik mesti diutamakan. Dengan ini juga, guru-guru berupaya memantau semua murid yang berminat dan kurang berminat untuk dibantu kelak. Terima kasih kepada semua guru mata pelajar kerana bertungkus lumus menyediakan pakej ini kepada murid-murid yang terlibat.

Penyampaian Pakej Cuti Terancang kepada wakil calon STAM 2018 oleh Ustaz Roslan bin Ramli (PK STAM)


Penyampaian Pakej Cuti Terancang kepada calon Thanawi dan tingakatan 4 oleh Ustaz Ahmad Kamal dan Ustaz Mohd Zahran

PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE/ USRAH KALI KE-5 TAHUN 2018

Sumbangan Hari Raya oleh Mentor kepada Naqib / mentee


Tarikh : 8 Jun 2018 (Jumaat)
Jam : 11.30 am
Tempat : Dewan SAMAWAT
Sasaran : Semua mentor, naqib dan mentee.

Alhamdulillah..dalam kesempatan Program Ihya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun 2018 beberapa aktiviti telah dijalankan termasuklah perjumpaan mentor-mentee/ usrah kali yang ke-5 bagi tahun ini. Pada perjumpaan ini lebih kepada ramah mesra dan penyampaian sumbangan duit hari raya. Alhamdulillah dengan penyampaian sumbangan itu, semua murid beratur untuk bersalam-salaman sebelum majlis bersurai.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA

Tarikh : 8 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Al-Fadhil Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua)

Fokus sumbangan daripada :

  • Sumbangan oleh Tuan Haji Saad kepada murid (anak yatim piatu) seramai 18 orang
  • Sumbangan oleh pihak sekolah kepada murid (fakir miskin) seramai 14 orang
  • Sumbangan Kuih Hari Raya oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad) kepada semua Guru dan Staf seramai 28 orang













Rabu, 6 Jun 2018

TAKLIMAT BIASISWA TAHUN 2018

Tarikh : 31 Mei 2018 (Khamis)
Jam : 2.40 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SAMAWAT
Jumlah Penerima : Seramai 24 orang murid dari tingkatan 1-4 /2018 sahaja.
Disempurnakan oleh : Puan Hjh. Rohizah binti Hj. Bawi (PK Hal Ehwal Murid) & Cik Noraida binti Abd Karim (Guru Biasiswa)

MUKADDIMAH
Alhamdulillah, pihak sekolah telah menerima jumlah murid yang layak menerima biasiswa bagi tahun 2018 iaitu seramai 24 orang daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja. Oleh itu unit HEM telah memanggil semua penerima ini untuk diberi taklimat khas penerimaan biasiswa daripada Kementerian.

Taklimat ini perlu bagi pengedaran borang-borang yang perlu diisi oleh penerima dengan segala dokumen yang perlu diserahkan beserta pengesahan oleh ibu bapa/waris. Para penerima diberi taklimat agar lebih kosisten dalam akademik untuk membolehkan biasiswa ini dikekalkan. Sebarang kelemahan membolehkan pembiayaan kepada setiap individu ditamatkan serta merta.

Murid-murid juga diingatkan agar menggunakan bantuan kewangan ini pada saluran yang tepat dalam meringankan bebanan ibu bapa/waris.

Jumaat, 1 Jun 2018

MAJLS IFTAR JAMAIE PERINGKAT SAMAWAT TAHUN 2018/1439 H

Tarikh : 1 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Dewan SAMAWAT (Sekolah Baharu)
Sasaran : Semua wagra SAMAWAT, JPN, PPD, AJK PIBG, AJK LPS

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa peringkat sekolah bagi tahun 2018 bersamaan 1439H berjalan seperti yang diinginkan dengan kehadiran ibu bapa dan waris murid. Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah ringkas oleh Ustaz Roslan bin Ramli dan diikuti oleh majlis bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Hatta bin Rahim dan akhir sekali sebelum berbuka, sedikit ucapan dan tazkirah oleh Ustaz Jamil bin Salleh, Pengerusi LPS.

Ketiban para tetamu vvip daripada JPN negeri seperti Tuan Haji Azlan bin  Mohd Noor (Penolong Pengarah Bahasa Arab) dan Ustaz Hasbullah bin Ahmad (Penolong PPD J-Qaf) dari Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Pengerusi LPS Ustaz Jamil bin Salleh dan tetamu yang lain menjadikan majlis pada kali ini meriah dan jalinan ukhwah diantara semua pihak terjalin.

Majlis diberakhir pada jam 8.30 malam selepas solat maghrib berjemaah. Terima kasih kepada semua warga SAMAWAT khasnya unit pendidikan islam bagi memastikan segala perjalanan program ini berjalan dengan lancar. Semoga ketemu lagi pada tahun hadapan andai diberi kesempatan oleh Allah swt..amin

Murid perempuan dan waris


Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad) bersama dengan tetamu jemputan (Tuan Haji Azlan Mohd Noor/PP JPN Bahasa Arab) dan Ustaz Hasbullah Ahmad, PPd Kerian, J-Qaf)



Kemesraan guru-guru membantu murid mencedok juadah untuk berbuka





Sekitar pendaftaran ibu bapa/waris dan tetamu

Majlis Bacaan yassin dan Tahlil oleh Ustaz Hatta Rahim

Ucapan dan tazkirah ringkas oleh Pengerusi LPS, Ustaz Jamil Salleh








Solat Maghrib berjemaah selepas Iftar diimamkan oleh Ustaz Azmi bin Othman (PK 1)


CERAMAH NUZUL QURAN IHYA RAMADHAN 2018/1439H

Tarikh : 1 Jun 2018 (Jumaat)
Masa : 7.20am - 8.00am
Tempat : Dewan SAMAWAT
Sasaran : Semua warga SAMAWAT
Penceramah : Al Fathil Ustaz Mohd Baihaky bin Mat Akhir (SABK Al-Falah)

MUKADDIMAH

Alhamdullilah dengan izin Allah swt, melalui unit Pendidikan Islam SAMAWAT, seorang tokoh agama iaitu Al Fathil Ustaz Mohd Baihaky bin Mat Akhir hadir ke SAMAWAT untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan Nuzul Quran dan kelebihan, keistemewaan, kehebatan yang ada pada  Al-Quran. Walaupun masa yang diberikan hanya 30minit, namun dengan suasana yang santai, contoh dan suara yang padu membuatkan semua warga SAMAWAT berpeluang menerima perkongsian ilmu ini dengan baik. 

Al Fathil Ustaz Mohd Baihaky bin Mat Akhir yang dijemput daripada SABK Al-Falah, Parit Haji Wahab sentiasa menyebut kehebatan Al-Quran dalam semua perkara dan setiap manusia yang beriman mestilah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup sepanjang zaman agar sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Bertepatan dengan bulan puasa dimana Al-Quran diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw agar menjadi panduan hidup kepada sekalian manusia di bumi Allah swt.

Akhirkata, jika diberi kesempatan, unit pendidikan islam akan mengatur pelbagai lagi aktiviti dan program yang bermanfaat kepada semua warga SAMAWAT pada tahun hadapan. In syaa allah.




Ceramah Nuzul Quran dan kelebihan quran disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Baihaky bin Mat Akhir

Penyampaian Cenderahati oleh Tuan Pengetua kepada Tuan Penceramah