Rabu, 25 Mei 2016

Taklimat dan Dialog Prestasi BPI SPI Bersama Pengetua SABK






Pada 18 Mei 2016, Pengetua SAMAWAT telah menghadiri taklimat Khas dan Dialog Prestasi BPI-SPI bersama pengetua-pengetua SABK Perak. Pertemua telah diadakan di SMA Maahad Al-Aziz, Parit, Perak.

Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Dr Azhar bin Hj Ahmad, Timbalan Pengarah BPI KPM. Turut hadir adalah Ketua Sektor SPBSA BPI Tn Hj Mohd Zaki Hamid dan KS SPI Pn Hajah Salmiah Sabran serta pegawai-pegawai dari BPI dan SPI.

Dalam ucapan beliau, Tuan Timbalan meminta pengetua-pengetua mencontohi Nabi Sulaiman yang prihatin dengan rakyat pimpinannya walaupun hanya terdiri daripada golongan semut. Pengetua-pengetua juga disarankan memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah.

Beliau juga mengingatkan matlamat BPI untuk membina sahsiah pelajar, mencemerlangkan akademik mereka serta mengasah bakat pelajar-pelajar SABK.

Dalam sesi yang sama, pengetua dihidangkan dengan sistem GROW oleh BPI dan sistem Traffic Light oleh SPI. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk mentadbir dan merancang kecemerlangan akademik pelajar.




LDP Pembelajaran Abad ke-21






Pada 24 Mei 2016, SAMAWAT telah mengadakan LDP bertajuk Pembelajaran Abad ke-21.

LDP ini dikendalikan oleh Cik Yang Roziah Mohd Yaacob, SISC+ Bahasa Inggeris PPD Kerian. Seramai 17 orang guru hadir.

LDP berjalan dalam suasana yang amat ceria. Guru-guru diperkenalkan kepada PA-21 dalam bentuk teori dan amali bersekali. Antara aktiviti PA21 yang diperkenalkan adalah Rally Robin dan Super Sleuth. Dari sudut tranformasi bilik darjah, guru-guru ditunjukkan susunan meja, papan putih individu, exit box dan peraturan kelas.

Pada akhir sesi, semua guru berpuas hati kerana memperolehi kemahiran baharu hari ini. Insyaallah SAMAWAT akan menjemput Cik Yang Roziah untuk sesi-sesi seterusnya.