Rabu, 29 Julai 2020

MESYUARAT HEM BIL. 2 TAHUN 2020

Tarikh : 28 Julai 2020 (Selasa)
Masa : 2.45 petang hingga 4.30 petang
Sasaran : Semua guru

Dipengerusikan oleh : Ustaz Fadlzan Shahidi (Pengetua) dan PK HEM

Alhamdulillah..mesyuarat bilangan kedua bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar merangkumi aspek dan agenda seperti berikut :


MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB STAM 2020

Tarikh : 27 Julai 2020 (Isnin)
Jam : 8.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SMK Al Falah, Parit Buntar Perak
Anjuran : SMK AL Falah

Murid yang terlibat : 7 orang pelajar STAM
Penyelaras : PK STAM (Ustaz Roslan bin Ramli) & Penyelaras STAM (Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli)




Jumaat, 17 Julai 2020

PROGRAM INOVASI : ARABIC WORD GAME

Arabic Word Game "Mudah Berkesan Menyeronokkan"

Membina Perkataan Arab dengan Mudah

Tarikh 14 Julai 2020 (Selasa)
Tempat : SMA Shamsul Maarif Al Wataniah (SAMAWAT)

Penasihat : Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali (Pengetua SAMAWAT)
Penyelaras :

  • Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
  • Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (GK)
  • Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelaras STAM)
Program Inovasi yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah usaha untuk membantu murid memahami bahasa arab dengan mudah melalui "Arabic Word Game". Usaha yang diinovasikan oleh PK Pentadbiran (Ustaz Azmi bin Othman) bersama dua lagi guru Bahasa Arab. Usaha ini dijalankan bagi menarik minat murid-murid mendekati Bahasa yang dianggap susah. 

Pada tahun lepas pihak sekolah telah memenangi pingat perak dalam kejohonan Inovasi Peringkat Daerah Kerian yang berlangsung di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Maka hasil inovasi ini telah dikembangkan di SAMAWAT bagi menarik minat semua murid dari tingkatan satu hingga STAM. Moga usaha ini memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab kerana ia adalah bahasa wajib di sekolah.







Rabu, 15 Julai 2020

PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DAN ASRAMA

Tarikh : 14 dan 15 Julai 2020 (Selasa & Rabu)
Masa : 4.00 petang hingga 5.00 petang & 7.00 pagi hingga 8.00pagi

Pemantau 1 :Mohd Rodzi bin Mat Aji ( Penolong PPD Sektor  SPM, PPD Kerian)
Pemantau 2 : SM Ramlee bin Yamat (Timb. Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang)

Jumlah pelajar asrama : 23 orang murid
Diselia oleh : PK HEM, Penyelia Asrama dan Warden




Sekitar Pemantauan di asrama oleh Pegawai PPD







Pemantauan dan Tinjauan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)



MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL.2/2020

Tarikh : 14 Julai 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 petang hingga 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah
Pakaian : Formal

Kehadiran guru : Semua Guru hadir

Dipengerusikan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
* menggantikan Tuan Pengetua ke SMKA Kerian bagi taklimat Penataran Sekolah

Agenda Mesyuarat :

  1. Aluan Pengerusi
  2. Membentang dan menegsahkan minit mesyuarat lalu
  3. Perkara berbangkit / maklumbalas
  4. Laporan setiap panitia
  5. Perubahan ETR
  6. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  7. Program Kecemerlangan Akademik (PKA)
  8. Hal-hal lain

Rabu, 8 Julai 2020

LADAP SIRI 4 TAHUN 2020 : PENGURUSAN KEBIMBANGAN

Tarikh : 8 Julai 2020 (Rabu)
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Makmal Sains

Sasaran : Semua guru dan AKP

Penceramah : Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)

Alhamdulillah, perjalanan bagi LADAP siri ke-4 bagi tahun 2020 berjalan dengan lancar mengikut SOP berkumpul yang ditetapkan oleh MKN,KKM dan KPM. Bagi siri ke-4 ini, pendedahan bagaimana semua warga sekolah perlu menguruskan Kebimbangan dengan cara yang betul. Penyampaian yang disampaikan sangat baik, meliputi semua yang terlibat.

Soal Selidik DASS (fokus item Kebimbangan)






Selasa, 7 Julai 2020

JEMAAH NAZIR KPM : Tinjauan Kesediaan Pengurusan Pembukaan Sekolah (TKPPS) Tahun 2020.



Tarikh : 6 Julai 2020 (Isnin)
Masa : 7.00 pagi sehingga 2.15 petang
Bertempat : SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah, Tanjung Piandang, Perak.

Fokus : SOP berkaitan dengan persediaan pembukaan sekolah -COVID 19

Pegawai NAZIR yang hadir :

  1. En. Ahmad Puad bin Talib
  2. En. Rosli bin Yusoff
  3. Puan Roziah binti Hamil
Tentatif Pematauan :
7.00 pagi   : Ketibaan Pegawai Nazir
8.00 pagi   : Taklimat Nazir kepada Pengetua dan barisan pentadbir
9.00 pagi   : Sesi Dialog bersama KP Sains, Sejarah dan Bahasa Melayu.
10.00 pagi : Pemantauan ke bilik-bilik khas 
                    (Bilik ICT, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel KHB, Bilik Darjah, Bilik Guru)
11.00 pagi : Pemantauan Ke Asrama aspuri dan aspuri, Bilik Rawatan, Dewan Makan.
12.00 t/hr  : Sesi dialog bersama 5 orang murid tingkatan 5 dan 5 orang pelajar STAM.
                 : Sesi dialog bersama Guru kelas STAM, GBK, Guru PAJSK.
1.30 ptg    : Sesi Rumusan Dapatan Pemantauan berasam Pengetua, Penolong Kanan dan GBK
2.15 ptg    : Bersurai.

Alhamdulillah, proses tinjauan kesediaan pengurusan pembukaan sekolah (TKPPS) tahun 2020 melibatkan 3 orang pegawai nazir di SAMAWAT berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan oleh pihak nazir. Kerjasama yang baik antara Jemaah Nazir dan pihak sekolah berjalan dengan baik dan dapatan yang diperlukan memenuhi SOP yang digariskan oleh pihak KPM. 



Ketibaan Jemaah Nazir ke sekolah
Add caption


Sesi Taklimat oleh pihak Nazir


Sesi Dialog bersama KP Sains, Sejarah, BM







Pemantauan dibilik-bilik Khas






 Pemantaun dan Tinjaun di Asrama sekolah


Rumusan dan dapatan tinjaun akhir