Jumaat, 22 Mac 2019

PENYERAHAN PAKEJ CUTI SEKOLAH SEMESTA PERTAMA SESI 2019

Tarikh : 22 Mac 2019 (Jumaat)
Sasaran : Calon SPM dan STAM 2019

Mukaddimah
Alhamdulillah, melalui Program Kecemerlangan Akademik yang telah dirancang oleh pihak sekolah akan sentiasa memastikan setiap orang pelajar memperolehi manfaat yang berguna dalam memastikan keberhasilan anak-anak khususnya peningkatan dalam akademik. salah satunya adalah Pakej Cuti Sekolah melibatkan 3 fasa iaitu cuti awal tahun persekolah, cuti pertengahan tahun persekolahan dan cuti penghujung tahun diberikan kepada murid-murid agar mereka dapat mengisi masa dan ruang dengan mengulangkaji pelajaran.

Bagi menjadikan semua yang diberikan kepada murid-murid mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan, guru-guru yang terlibat akan menyemak kembali tugasan yang diberikan agar semua murid menyelesaikannya.




Pakej Cuti Sekolah kepada calon STAM




Pakej Cuti Sekolah kepada Calon SPM

SAMBUTAN HARI LAHIR GURU & PELAJAR BAGI BULAN MAC

Tarikh : 22 Mac 2019 (Jumaat)
Jam : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Guru dan Murid yang lahir pada bulan Mac







UJIAN SELARAS 1 TAHUN 2019

Selasa, 19 Mac 2019

PENYERAHAN SLIP BAGI KEPUTUSAN SPM TAHUN 2018

Tarikh : 14 Mac 2019 (Khamis)
Jam : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SAMAWAT
Jumlah Calon : 25 orang calon 2018
Disampaikan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Pengetua)

Alhamdullah keputusan SPM bagi bagi tahun ini meningkat kepada 5.07 (GPS) daripada 5.09 pada tahun 2017. Alhamdulillah juga diucapkan kepada semua calon kerana mencatat keputusan lulus 100% bagi 25 orang calon yang mengambil keputusan.
Alhamdulillah SAMAWAT berjaya meletakan dirinya dalam 10 kelompok yang terbaik di Daerah kerian dan merupakan antara 4 buah sekolah yang mencacat keputusan lulus 100%. Alhamdulillah.

Antara Calon-calon yang cemerlang :
1) Muhammad Nabil Hibatullah bin Hasbullah (7A, 2B)
2) Nurul Aina binti Mohd Hussein (4A, 3B, 1C)
3) Muhamad Asyrraf bin Alwie (3A, 4B, 2C)
4) Muhammad Syafiq bin Usman (3A)
5) Muhammad Ikram bin Abd Halim (3A)


Muhammad Ikram bin Abd Halim

Muhammad Syafiq bin Usman

Muhamad Asyrraf bin Alwie

Nurul Aina binti Mohd Hussein

Tuan Pengetua bersama  25 orang calon SPM 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KERIAN KALI KE-50 TAHUN 2019

Tarikh : 11 hingga 14 Mac 2019
Tempat : Kolej Vokasional Kerian

Seramai 23 orang atlit SAMAWAT menjadi taruhan bagi bersaing diperingkat daerah bagi kejohanan ini, namun hampa membawa pulang sebarang pingat, namun SAMAWAT berjaya memberikan saingan kepada pihak lawan sepanjang 4 hari ia berlangsuang. '

Pada tahun ini, SAMAWAT menjadi tuan rumah bersama yang diketui SMK Raja Lope Nur Rasyid. Alhamdulillah...segala tugasan yang diberikan kepada SAMAWAT berjaya dilaksanakan. Antaranya,

  • Pengacaraan Pembukaan dan Penutupan
  • Kemas kini Scoreboard
  • Iklan (Banner)




Isnin, 11 Mac 2019

ANUGERAH BINTANG SAHSIAH UNGGUL KEHADIRAN PENUH BULANAN

20 Cabutan Bertuah bagi bulan Februari


Tarikh : 11 Mac 2019 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 1 hingga 6 (20 Kupon bernilai RM.300 setiap satu disumbangkan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah/ Sarjan Ramle)
Disempurnakan oleh : Ustaz Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling

Mukaddimah
Alhamdulillah, melalui Program Jom ke Sekolah sesi 2019 buat kali kedua, Cabutan 20 nombor bertuah bagi memenangi kupon makan yang bernilai RM3.00 setiap satu adalah salah satu usaha untuk menggalakkan pelajar hadir ke sekolah pada setiap hari. 

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dengan unit HEM sentiasa memastikan disiplin murid-murid dikawal khususnya berkait dengan kehadrian ke sekolah.

Perhatian dan kerjasama oleh PPS, iaitu Sarjan Ramle bin Yamat, Penolong Ketua Balai Polis Tanjung Piandang, Perak telah menyumbang sebanyak RM50.00 pada setiap bulan kepada sekolah sebagai insentif menggalakkan pelajar hadir ke sekolah setiap hari.







Jumaat, 8 Mac 2019

PROGRAM ANAKKU SAYANG (ISU DAN CABARAN REMAJA)

Adakah anda Sudah Bersedia???

Tarikh : 8 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Dianjurkan oleh : Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Pejabat kesihatan Daerah Kerian
Sasaran : Ibu Bapa, Murid dan Guru-guru
Penceramah : Dr. Siti Azura binti Abdul Kahar

Objektif Program Ini adalah untuk :

  • Memberi pendedahan & maklumat kepada peserta mengenai pengertian Kehamilan Luar Nikah dan LGBT,simptom-simptomnya serta pendekatan terbaik bagi membendung penularan budaya rosak ini.
  • Memberi kesedaran tentang Pergaulan Bebas dan pengaruh perlakuan LGBT yang semakin  membimbangkan dalam cara hidup masyarakat hari ini.
  • Melebarluaskan ilmu ini di tempat kerja masing-masing dengan penyampaian maklumat kepada rakan sekerja & masyarakat tentang kesan dan bahaya Kehamilan Luar Nikah dan ancaman LGBT.
  • Menyedarkan sebagai umat Islam perlu berwaspada dengan isu Kehamilan Luar Nikah dan penyebaran kegiatan LGBT di Negara ini kerana ia merupakan salah satu agenda syaitan yang terbesar bagi memusnahkan akidah dan fitrah kejadian manusia Secara amnya salah satu program kebajikan & perkongsian ilmu di antara warga SAMAWAT.



Antara aktiviti yang dijalankan :
  • Ceramah,
  • Kuiz,
  • Pameran,
  • Saringan Kesihatan Percuma dan












Harapan
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada semua warga SAMAWAT tentang masalah Kehamilan Luar Nikah dan bahaya ancaman LGBT di Malaysia amnya dan di negeri Perak khasnya agar memanafaatkan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dalam bersama membenteras penularan budaya songsang yang jelas bertentangan dan dilarang dalam agama Islam. Wallahulam

Selasa, 5 Mac 2019

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SAMAWAT TAHUN 2019

Tarikh : 3 Mac 2019 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang
Tema : Seni dan Kebudayaan
Perasmi : Ustaz Murad bin Hussein (YDP PIBG)

Sekilas Perjalanan Sukan Olahraga SAMAWAT 2019 :

  • 28 Februari (Khamis) : Sukan Tara melibatkan acara akhir bagi Merenjam Lembing, Lompat jauh, Melempar Cakera, Melontar peluru bagi lelaki bawah 14 & 18
  • Bagi perempuan acara akhir yang dipertandingkan adalah 100 meter & 4x100 meter melibatkan perempuan bawah 14 & 18 akhir.

Acara yang dipertandingkan :

  • 3 Mac 2019 (Ahad) Lelaki : Merenjam Lembing, Melontar Peluru, Melempar cakera, Lompat Jauh 100 meter, 200 meter dan 400x100 meter
    • Perempuan : Merenjam Lembing, Melontar Peluru, Melempar cakera, Lompat Jauh, 100meter dan 400x100 meter
    Keputusan Kejohanan Olahgara SAMAWAT 2019 :

    •  Johan Keseluruhan : Rumah Saidina Abu Bakar/Biru
    • Perbarisan : Rumah Saidina Abu Bakar/Biru
    • Olahragawan : Muhamad Al Hakim (Saidini Uthman /Kuning)
    • Olahragawati : Akmal binti Asrul (Rumah Saidina Abu Bakar/Biru)