Jumaat, 30 Ogos 2019

ZIARAH CAKNA SAMAWAT 2019

Tarikh : 7 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Sasaran ziarah : Dayang Nurdiana binti Nazarul Eskeey (1 Muslim)
Pegawai rombongan : Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, Kaunselor dan Warden Asrama

Mukaddimah
Menyahut Cabaran pihak Kementerian Pendidikan (KPM) Ziarah  Cakna merupakan satu program baru yang diperkenalkan oleh KPM bagi menerapkan amalan nilai murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.
Program Ziarah Cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa/penjaga/waris bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid. Selain itu juga, lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

Harapan
Diharapkan dengan lawatan yang dilakukan oleh pihak sekolah dirumah En. Nazarul Eskeey dapat memberikan harapan bahawa pihak sekolah sentiasa memastikan kebajikan keluarga murid dari pelbagai sudut diberi perhatian (Akademik, Psikologi, Kewangan). Melalui Unit HEM, pendekatan sebegini akan dijadikan amalan pihak sekolah dalam memastikan kebajikan semua murid dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.
Barisan Pentadbir yang diketuai oleh Tuan Pengetua (Us. Muhamad), PK Pentadbiran (Us. Azmi),
PK HEM (Pn. Hjh. Rohizah)


Sumbangan daripada pihak sekolah disampaikan oleh Tuan Pengetua

Rabu, 21 Ogos 2019

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-62 PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Tarikh : 21 Ogos 2019 (Rabu)
Masa : 7. 30 pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Tuan Pengetua)

Penyelaras Program : En. Johari bin Ishak

Mukaddimah
Alhamdulillah, majlis sambutan bulan kemerdekaan ke-62 peringkat sekolah bagi tahun 2019  berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah). Dijalankan pada minggu ketiga iaitu minggu Badan Beruniform menampakan kemeriahan dengan pemeriksaan perbarisan daripada KRS dan PPIM oleh Tuan Pengetua diiringi oleh PK Kokurikulum.

Matlamat dan objektif sambutan
  • Bagi menanam semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar
  • Menghargai jasa dan pengorbanan nenek moyang membebaskan diri dari penjajah
  • Membudayakan dan memperkayakan semangat warga sekolah cinta akan negara.
Tentatif sepanjang majlis
  • 7.20 pagi     : Pelajar berkumpul di dewan sekolah
  • 7.25 pagi     : Ketibaan Tuan Pengetua dan barisan pentadbir
  • 7.30 pagi     : Nyayian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.
  • 7.35 pagi     : Kata alu-aluan pengerusi majlis
  • 7.40 pagi     : Ucapan dan Perasmian oleh Tuan Pengetua
  • 7.50 pagi     : Gimik Pelancaran
  • 8.00 pagi     : Nyayian lagu Malaysia Bersih dan lagu Saya Anak Malaysia
  • 8.10 pagi     : Majlis bersurai






Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah)

Gimik Pelancaran oleh Tuan Pengetua


Nyanyian oleh Guru dan Pelajar

Laungan 'MERDEKA" oleh Cikgu Johari Ishak