Sabtu, 10 September 2016

CERAMAH MUDAH MENJAWAB SAINS DAN MATEMATIK OLEH DR. ABD. MALEK BIN SEMAN

Tarikh : 5 September 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dewan Tn. Guru. Haji Noh SAMAWAT

Pada hari kejadian, SAMAWAT didatangi oleh seorang tokoh yang dikenali ramai iaitu Dr. Abd . Malek bin Seman yang merupakan seorang bekas guru yang mengajar lebih 20 tahun dan pakar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Apa yang unitnya, teknik yang disampaikan oleh beliau adalah bagaiman ingin belajar dengan mudah dan cepat mengingat.

Kehadiran beliau disambut oleh PK Kokurikulum iaitu Us. Abdul Malik bin Hashim menuju ke dewan dengan dihadiri seramai 102 orang pelajar aspuri dan aspura. Kehadiran beliau secara percuma ke sekolah bagi meiklankan perkhidmatan yang lain kepada pelajar SAMAWAT. Selama hampir 2 jam, majlis berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung. Syabas diucapakan kepada Cikgu Faisal dan Us. Suhaimi bagi menjadikan majlis ini berjalan dengan baik.

Antara gambar-gambar semasa taklimat/program :







Semoga dengan taklimat dan perkongsian ilmu ni mampu membantu warga SAMAWAT untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan dalam akademik dan melonjakkan nama SAMAWAT diperongkat yang lebih tinggi. Kerjasama daripada semua pihak amat ditangih bagi menjayakan setiap program yang dijalankan.


Edited By : Bulat dan Leper

2 ulasan:

  1. saya dengar baru-baru ni ade kes tentang penceramah ini scam

    BalasPadam
  2. Betul. Scammer ni. Bagi talk percuma berbaur lucah kpd pelajar dan jual cd yg contentnya dah out of syllibus (zaman pmr). Tolong band penceramah ini sekolah2. Jgn tertipu dgn title 'dr' tu.

    BalasPadam