Jumaat, 28 September 2018

MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT & MOHON RESTU PERDANA 2018

Tarikh : 27 September 2018 (Khamis) bersamaan 17 Muharam 1440H
Masa : 6.30petang hingga 9.30malam
Tempat : Masjid Jamek Tanjung Piandang

Elemen SUMUR: Mutadayyin
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam bersama LPS dan PIBG

Objektif:
1. Memberi kekuatan mental dan rohani murid dalam menghadapi peperiksaan.
2. Memberi ketenangan jiwa ketia berada di dalam dewan peperiksaan
3. Memohon pertolongan Allah S.W.T agar dimudahkan murid-murid menjawab soalan peperiksaan.
4. Mengeratkan silaturahim antar warga sekolah, ibu bapa dan ahli Masjid Jamek Tanjung Piandang.

Program Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat & Mohon Restu Perdana 2018 ini merupakan salah satu usaha dan ikhtiar bersepadu di antara guru, ibu bapa dan murid-murid untuk memohon pertolongan Allah untuk anak-anak SAMAWAT mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun, PT3, Thanawi, SPM dan  STAM.
Alhamdulillah, penganjuran majlis ini mendapat maklum balas yang positif dari ibu bapa waris murid dan ianya berjalan lancar dari permulaan pendaftaran hingga penutup. Hujan renyai-renyai yang turun di petang hari membawa bersama rahmat Ilahi. Semoga penganjuran majlis ini diredhai Allah dan diperkenankan segala doa. Amiin Ya Rabbal Alamin.








Isnin, 24 September 2018

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2018

Tarikh : 24 September 2018
Hari : Isnin
Masa : 7.45pagi hingga 8.30pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Disempurnakan oleh : Ustaz Muhamad bin Abdullah (Tuan Pengetua SAMAWAT)




KEM PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM SAMAWAT TAHUN 2018

Tarikh : 21 hingga 23 September 2018
Tempat : Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak
Sasaran : Seramai 68 orang peserta (45 Perempuan dan 23 Lelaki)

Mukaddimah

Alhamdulillah, Kem Perkhemahan Badan Uniform SAMAWAT bagi tahun 2018 mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Pada tahun ini, SAMAWAT berkolaborasi dengan SMK Sri Kurau dari Bagan Serai yang menghantar 40 orang peserta. Segala apa yang telah dirancang dengan kerjasama dengan pihak kem yang diketuai oleh En. Mohd Kamal yang merupakan pengurusan bagi Kem PLKN Jiwa Murni di Semanggol, Perak.

Segala aturcara sepanjang 3 hari 2 malam diuruskan oleh pihak Kem dengan pelbagai aktiviti yang memberi pengalaman yang berguna kepada semua peserta yang terlibat. Kesungguhan para guru SAMAWAT dan SMK Kuala Kurau untuk bersama-sama bersama dengan peserta yang terlibat. Komitmen yang diberikan oleh para peserta juga sangat baik dengan semangat kerjasama dan toleransi dari awal hingga akhir program. Bantuan dari segi infrastruktur dan peranan Fasilitator menjadikan program ini antara yang terbaik berjaya dilakukan dan kesannya amat mendalam kepada yang terlibat. 

Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi kem ini semoga memberi manfaat yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Objektif
Antara Objektif yang diperolehi sepanjang kem berlangsung :
  • Membina semangat kerjasama yang mantap antara ahli kumpulan dan peserta lain.
  • Memupuk nilai toleransi antara ahli kumpulan dan peserta yang lain.
  • Menanam nilai hormat-menghormati antara satu sama lain melibatkan peserta dengan peserta dan peserta dengan pihak kem seperti falitator.
  • Melahirkan semangat cintakan dan sanggup bekorban kepada agama, bangsa dan negara.
  • Memberi pengalaman dan pengetahuan yang berguna bagaimana ingin memberi sumbangan dan peranan dalam komuniti.







Antara aktiviti yang diikuti oleh para peserta dengan jayanya.



Slot muhasabah diri : Qiamulai dan solat berjemaah

Akhir kata, semoga program yang dijalani ini memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat. Kerjasama oleh pihak kem dan kominten yang diberikan oleh semua peserta, guru-guru yang terlibat samaada mewakili pihak SAMAWAT dan SMK Sri Kurau diucapakan dengan ucapan ribuan terima kasih. Insyallah, slogan sekolah sentiasa disebarluas dengan nilai penghayatan yang tinggi kepada masyarakat luar bahawa SAMAWAT sememangnya sentiasa Rajin dan Sopan!

SAMAWAT : Rajin & Sopan



Rabu, 12 September 2018

HARI KELUARGA SAMAWAT & PIBG TAHUN 2018

Tarikh : 8 September 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi hingga 5.00petang
Tempat : Merdeka Beach Resort, Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Penglibatan : Semua keluarga guru, Staf & AJK PIBG

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya program ini berjaya diadakan walaupun keadaan hujan dan mendung dengan aktiviti yang telah disusun. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat membuktikan bahawa warga SAMAWAT mempunyai semangat ukhwah yang tinggi bagi menjadikan ikatan silaturahim sentiasa diberi perhatian.

Objektif
  • Mengukuhkan ikatan silaturahim sesama rakan sekerja dan komuniti.
  • Menjadikan ruang dan peluang yang ada bagi menenangkan Jasmani, Emosi dan Rohani setiap orang.
  • Menanam nilai dan semangat kerjasama dalam semua aspek.
  • Meningkatkan perhubungan sosial dengan warga komuniti.
Sekilas perjalanan tentang hari Keluarga SAMAWAT

7.00am    : Semua betolak ke distinasi.
9.00am    : Tiba ke Beach Resort, Pantai Merdeka.
9.30am    : Menjamu selera (Potluck)
10.00am  : Tazkirah Keluarga oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin
10.30am  : Sukaneka (Kanak-kanak dan dewasa)
12.30t/h   : Ucapan Penutup majlis oleh Tuan Pengetua
12.45t/h   : Penyampaian hadiah
1.00pm    : Sesi Bergambar
1.10pm    : Jamuan tengahari
2.00pm    : Aktiviti Bebas (ke Tanjung Dawai)
5.00pm    : Bersurai


Antara Sukaneka melibatkan golongan dewasa

Antara Sukaneka melibatkan Kanak-kanak

Antara Juadah (Potluck) yang disediakan oleh warga SAMAWAT









Tazkirah keluarga oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin


Ucapan Tuan Pengetua


Sesi bergambar keluarga SAMAWAT 2018



Akhirkata, ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK, guru-guru dan PIBG yang sudi meluangkan masa bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Semoga dengan kerjasama ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan dijadikan acara tahunan sekolah  menjadikan SAMAWAT satu keluarga yang bahagia.

SAMAWAT : Rajin & Sopan