Selasa, 28 Jun 2016

BAI'AH

27/6/2016 ISNIN
bermula jam 10.00am guru-guru telah berjumpa Pen.Kanan bagi menyemak fail2 panitia dan pengurusan.Guru- guru datang semasa waktu renggang.
Alhamdulillah, tindakan awal ini akan diteruskan setiap hari. Mulai dari hari ini guru akan sebuk menguruskan fail mereka dan persediaan menghadapi pemantauan ND. Semoga ianya menjadi pemangkin kepadacwarga SAMAWAT utk terus cipta sejarah kegemilangan satu demi satu..
dan berada dalam doa mereka yang menikutinya.



BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk

27/6/2016 ISNIN
10.30am
Perjumpaan bersama para waris bagi menyempurnakan bantuan persekolahan berbentuk zakat. Seramai 19orang pelajar menerima bantuan tersebut, kehadiran waris 7org.
Para waris diminta pantau pengguna wang tersebut kepada keperluan pembelajaran dan keperluan yang mustahak.


TEAM TEACHING BAHASA ARAB

27/6/2016 ISNIN
8.00am
Perjumpaan awal pagi group Team Teaching Bahasa Arab dalam memastikan PLC, kolaborasi P & P Bahasa Arab Ting 5 berjalan dengan baik mengikut jadual yang dirancang.
Waktu sembilan nanti Us. Roslan akan masuk bersama Us.Zahran
Khamis lepas telah dimulakan oleh us.Kamal dan Us.Azam.



Sabtu, 25 Jun 2016

Program Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2016

Tarikh : 23 Jun 2016
Tempat : Masjid Jamek Sungai Dungun
Masa : 6.00 petang

Pada 23 Jun 2016 iaitu pada hari khamis, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian dengan kerjasama daripada pelbagai pihak telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Kerian bagi tahun 2016. Majlis berjalan dengan lancar dimulakan dengan pendaftaran bagi jemputan yang hadir. Bacaan Yassin bermula pada jam 6.30 petang & diikuti Tahlil. majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai Pendidikan Daerah Kerian dan seterusnya ucapan oleh YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu dan seterusnya majlis berbuka puasa dan solat maghrib. Selepas solat maghrib, majlis bersurai. 

Terima kasih kepada warga SAMAWAT yang hadir iaitu, En. Muhd Faisal bin Hassan, Ustaz Zahran bin Saad & Ustaz Abd Malik bin Hashim serta terima kasih kepada Tuan Pengetua (Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah) yang terlibat secara tidak langsung bagi memastikan wakil dari SAMAWAT hadir menyerikan lagi majlis ini.


Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil


Ucapan daripada YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu
Pihak NGO yang turut hadir 

Tetamu Kehormat (YB Adun Alor Pongsu & Pegawai-pegawai daripada PPD Kerian

Majlis penyampaian Cenderahati daripada pihak PPD Kerian kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Dungun

Sekalung Penghargaan :

1) Yang Berhormat YB Dato' Sham bin Mat Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu
2) Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Dungun, Kuala Kurau, Perak.
3) Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Perak.
4) Majlis Pengetua-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kerian, Perak.
5) Jawatankuasa Guru Muda 1 Malaysia Daerah Kerian, Perak

Edited by : Ibnu Hashim

Jumaat, 24 Jun 2016

Aktiviti Asrama Puteri "Do Good Campaign"






Asrama Puteri telah melancarkan 'Do Good Campaign', ia adalah bagi menyahut saranan Tuan Pengetua iaitu 'do good, help others and people will follow'. Aktiviti pertama bagi kempen ini adalah inisiatif mencuci setiap kelas agar lebih kemas dan bersih. Ini adalah bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk sesi pembelajaran.

By; Nazatul Shida Mohd Nazirrudin

Aktiviti Keceriaan Asrama Puteri bertemakan "Colours of the Rainbow"









Aktiviti keceriaan Asrama Puteri 2016 bertemakan "Colours of the Rainbow". Ruangan bacaan asrama dihiasi warna-warna ceria bagi menyuntik elemen riang kepada pelajar-pelajar. 

By; Nazatul Shida Mohd Nazirrudin

Aktiviti Asrama Puteri "Cilik Al-Quran"






Kelas Cilik Al-Quran diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Aktiviti ini hanya mengambil masa sekitar 5 hingga 10 minit dan adalah sebagai aktiviti selingan kelas persediaan pelajar. Kelas ini diajar oleh Ketua Asrama Puteri iaitu Saudari Faridah binti Abdullah. Kelas Cilik ini difokuskan kepada pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Ia dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan bacaan Al-Quran pelajar. 

By; Nazatul Shida Mohd Nazirrudin

PPS - Pelaporan setengah tahun pertama SUMUR 2016, Peringkat Negeri Perak

disediakan oleh Hatta b Rahim Setiausaha SUMUR 2016

LAWATAN PERKONGSIAN NEW DEAL

8.30am 24 JUN 2016 JUMAAT
bertempat di SABK Ehya Asyarif Semanggol
Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mendapat malumat awal dan persiapan menghadipi pemantauan Jemaah Nazir sebagai sekllah yang telah dicalonkan untuk mendapat New Deal.
Rombobgan SAMAWAT terdiri daripada Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, PK KOKU us.Roslan SU Kurikulum, Cg Alwiah SU HEM dan Cg.Khatijah SU Koku.
Terima kasih kepada Pihak Ehyak Asyarif,
Pengetua, Pk dan guru2 Ehya.
Laporan
Us.Azmi bon Othman


Pelaporan SUMUR Peringkat Negeri Perak tahun 2016

Pelaporan Setengah Tahun Pertama SUMUR 2016 di SPI, Bangunan Mayban Trust Tingkat 14




Pada 20/6/2016, setiausaha SUMUR SAMAWAT telah menghadiri sesi pelaporan Program SUMUR setengah tahun 2016 Peringkat Negeri Perak  yang diadakan di Bangunan Mayban Trust, Ipoh bersama dengan Ketua Sektor pendidikan islam Iaitu Pn Hjh Salmiah bt Sabran, dan Pegawai Meja En Suhaimi b Hamid. Program ini bermula jam 9.00 a.m sehingga jam 4.30 p.m

Dalam program ini , Setiausaha SUMUR SAMAWAT telah diamanahkan menyampaikan pembentangan laporan SUMUR setengah tahun 2016 dan dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak SPI berharapa semua sekolah terlibat menerusakan Program SUMUR seperti yang telah dirancang dan memacu keunggulan sahsiah pelajar.

link untuk melihat PPS


Daripada Hatta B Rahim
Setiausaha SUMUR

Khamis, 23 Jun 2016

Penyelenggaraan ICT; Netbook 1Malaysia

Dari meja Guru ICT...


Sudah berbulan kehadiran mereka ke SAMAWAT.. namun ingatan terhadap jasa, kebaikan dan keramahan mereka masih terasa....

19&20 April 2016
Kehadiran sekumpulan juruteknik komputer yang diketuai oleh Puan Maszatul Laili, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dari PKG Kuala Kurau tak pernah dilupakan. Rasa terima kasih masih bersisa atas bantuan team PaKaR (Pasukan Konfigurasi Rangkaian) Daerah Kerian dan dengan penuh harapan, SAMAWAT menanam impian agar pihak PKG Kuala Kurau sudi menjejakkan lagi kaki ke SAMAWAT untuk masa akan datang.







posted by: Nor Bainah Zaini
                 Guru ICT SAMAWAT

Sync School Messaging (SSM)

Terkini dari meja Guru ICT...

Pihak sekolah kini dalam usaha memantapkan penggunaan ICT di dalam persekolahan seharian di SAMAWAT. Terkini, penggunaan Sync School Messaging akan merapatkan jurang di antara ibu bapa, waris pelajar, guru-guru dan murid-murid. Penggunaan Sync School Messaging dilihat sebagai wadah baru yang lebih efisien di dalam menyampaikan maklumat sekolah dengan lebih pantas sesuai dengan kepantasan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hari ini.

Bagi mendapatkan servis Sync School Messaging ini, ibu bapa dan warga sekolah disarankan untuk memuat turun aplikasi 'Sync School Messaging' dari telefon pintar masing-masing agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi penting dari pihak SAMAWAT. 

Sila klik link berikut untuk download: http://edu.sync.my

kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah : SMA SHAMSUL MAARIF AL-WATANIAH.

berikut panduan pemasangan Sync School Messaging:




posted by: Nor Bainah Zaini
                  Guru ICT

Majlis Perpisahan dan Jasamu dikenang

Assalamualaikum...

Pada tanggal 22 April 2016, SAMAWAT telah kehilangan guru yang sangat dedikasi dan berkaliber. Guru yang dimaksudkan ialah Pn. Norisah bt. Sabuddin. Beliau telah bertukar ke SABK Syubbaniah Batu Kurau setelah berkhidmat di SAMAWAT selama tiga tahun. Kehilangan beliau sangat dirasai kerana beliau seorang guru yang mudah mesra dengan semua warga sekolah. Beliau juga sangat disayangi oleh anak-anak murid kerana komitmen beliau yang sangat tinggi sepanjang bergelar guru Matematik di sekolah ini.  Pihak sekolah amat menghargai jasa beliau dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menabur bakti di sekolah ini.  Diharapkan Pn. Norisah akan lebih cemerlang di sekolah baharu.

Pertemuan kita di suatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas dugaan
Kau tetap pergi jua...

Bagi mengenang jasa beliau, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang pada 21 April 2016 yang bertempat di JS Muara Restoran Terapung Kuala Gula. Seluruh warga sekolah telah dijemput untuk meraikan majlis tersebut.

Pn. Norisah di tengah-tengah (berbaju merah)



Kalau ada sumur di ladang,
       Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
       Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Shahidawati Osman.

Rabu, 22 Jun 2016

Aktiviti Aspura "Memasang Lampu Perhiasan " sempena hari raya aidilfitri

Tarikh : 21 Jun 2016 (Selasa)
Tempat : Asrama Aspura

Aktiviti memasang lampu perhiasan menjadi rutin tahunan warga aspura apabila menjelangnya ketibaan bulan syawal. Kerjasama semua warga aspura menjadikan suasana aspura kelihatan lebih ceria dan cantik. Antara gambar-gambarnya:









Edited by : Mohd Suhaimi bin Mohamad