Khamis, 19 Julai 2018

LAWATAN PENANDAARASAN ASRAMA DARI SABK AL-HIDAYAH

Tarikh : 17 Julai 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Asrama SAMAWAT
Tetamu : Tuan Pengetua Al-Hidayah, Ustaz Azahar, Warden Asrama, Guru bersama dengan 30 orang murid lelaki dan perempuan asrama SABK Al-Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau.

MUKADDIMAH

Alhamdulillah..ketibaan rombongan dari SABK Al-Hidayah, Parit Abas, Kuala Kurau yang diketuai oleh Tuan Pengetua iaitu Ustaz Azahar bersama dengan guru ,warden asrama bersama dengan 30 orang murid lelaki dan perempuan pada jam 10.00 pagi di sekolah baru terlebih dahulu bagi menandatangani sijil pengesahan Lawatan Penandaarasan bersama Tuan Pengetua SABK Shamsul Maarif Al-Wataniah dan bertolak ke Asrama SAMAWAT selepas sesi bergambar. 

Setiba di Asrama SAMAWAT, rombongan tersebut disambut oleh Jawatakuasa Asrama bersama exco asrama bagi sesi taklimat oleh Tuan Haji Abd Malik bin Hashim, PK Ko Kurikulum merangkap sebagai warden asrama lelaki bersama dengan Penyelia Asrama iaitu Puan Nor Hapizah binti Moan.

Selepas selesai sesi taklimat, rombongan dijemput menjamu selera di dewan makan asrama SAMAWAT sebelum rombongan berjalan melawat sekitar asrama lelaki dan perempuan sambil diiringi oleh warden, penyelia asrama bersama guru-guru SAMAWAT.

Alhamdulillah..selesai lawatan rasmi ini, pihak rombongan skali lagi dijemput ke dewan bagi sesi taklimat akhir dan majlis penutup.


template Lawatan Penandaarasan SMA Al-Hidayah ke SAMAWAT


sesi fotografi bersama delegasi AL-Hidayah

 
Rombongan pelajar lelaki SMA Al-Hidayah bersama Pengetuanya sendiri

Tinjauan pelawat di asrama putera SAMAWAT


Tinjauan pelawat di asrama putera SAMAWAT

                                                   
 Pengetua menyampaikan Sijil Jaringan Sekolah

 Sijil Jaringan Sekolah

Sijil Penghargaan dari SMA Al-Hidayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan