Jumaat, 27 September 2019

SESI SENTUHAN AKHIR BERSAMA CALON PT3 SESI 2019

Tarikh : 26 dan 27 September 2019
Masa : 4.00 petang & 7.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah dan Dewan Perdana SAMAWAT
Jumah Calon : 26 orang (13 lelaki & 13 perempuan)

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dengan limpah rahmat dan izinya majlis khas kepada kesemua 26 orang calon PT3 bagi sesi 2019 berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Tujuan majlis ini dilakukan adalah dalam usaha untuk :

  • Membantu murid agar lebih fokus kepada PT3
  • Menyiap siagakan persediaan calon untuk menghadapi PT3 yang sebenar sesi 2019.
  • Melihat segala kelemahan dan mengantikan dengan kekuatan agar calon-calon lebih bersedia.
  • Memohon keberkatan ilmu daripada semua guru-guru khasnya guru-guru yang mengajar ditingkatan tiga

Sekilas majlis yang dilakukan :
  • Khamis : 26 September 2019 (Khamis), perjumpaan khas dilakukan oleh Tuan Pengetua melibatkan kesemua calon PT3 bagi sesi 2019 di Bilik Gerakan SAMAWAT pada jam 3.00 petang bagi melihat kelemahan dan digantikan dengan kekuatan.
  • Jumaat   :  27 September 2019 (Jumaat), sekali lagi majis dilakukan di Dewan Perdana SAMAWAT dilakukan melibatkan ucapan-ucapan khas oleh semua guru yang mengajar ditingkatan tiga bagi tersebut dan disudahi dengan majlis bersalaman dan mohon restu.

Antara senarai Guru Mata pelajaran bagi Tingkatan Tiga sesi 2019 :
  1. Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali (LAM)
  2. Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamad (Usuluddin)
  3. En. Johari bin Ishak (Sejarah)
  4. Puan Shahidawati binti Osman (Bahasa Melayu)
  5. Puan Alwiah binti Mat Rasid (Geografi)
  6. Cik Noraida binti Abd Karim (Sains)
  7. Puan Saodah binti Mastor (Syariah)
  8. Puan Siti Khatijah binti Naraman (Matematik)
  9. Cik Nazatul Shida binti Mohd Nizzarudin (Bahasa Inggeris)
  10. Puan Zakiah hayati binti Mohd Idris (RBT)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan