Isnin, 30 September 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT/ BACAAN YASSIN DAN MOHON RESTU PERDANA SAMAWAT SESI 2019

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Masjid Jamek, Tanjung Piandang, Perak
Sasaran : Semua calon PT3, Thanawi, SPM, STAM dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) sesi 2019.
Jemputan : Pengetua, YDP PIBG, Timb. YDP, Penolong Kanan, Guru-guru, AJK PIBG serta Ibu Bapa dan masyarakat setempat.

Mukaddimah
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya Majlis solat hajat /bacaan yassin serta majlis mohon restu melibatkan calon-calon yang disasarkan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Diharapkan dengan majlis seperti ini, calon-calon akan dipermudahkan segala urusan bagi menjawab soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. 
Usaha ini dilakukan pada setiap tahun oleh semua sekolah simbolik kepada penyerahan ilmu oleh guru-guru kepada anak murid yang diajar agar dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan, dan menguatkan ingat calon. 
Keadaan hujan yang mencurahi bumi Tanjung Piandang semasa majlis berlangsung seumpama majlis ini diberkati oleh Allah swt dan semua pihak berdoa agar semua calon diberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Aminn.

Sekilas perjalanan majlis :

  • 2.30 petang  : Ucapan oleh Pengerusi Majlis (Ustaz Ahmad Murshidi)
  • 2.40 petang  : Ucapan oleh Timb. YDP ( Tuan Haji Mohamad Shahriman)
  • 2.50 petang  : Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)
  • 3.00 petang  : Solat Hajat Berjemaah (diimamkan oleh Ustaz Muhammad Muhamin)
  • 3.15 petang  : Majlis Bacaan Yassin ( Diketuai oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin)
  • 3.45 petang  : Majlis Mohon Restu dan Selawat
  • 4.00 petang  : Jamuan ringkas (Door Gift) dan bersurai
Pendaftaran Ibu Bapa/ Waris

Pengacara Majlis (Ustaz Ahmad Murshidi)

Ucapan Timb. YDP PIBG (Tuan Haji Mohamad Shahriman)
 

Ucapan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Fadzlan Shahidi)


Solat Hajat

Khalifah Bacaan Yassin oleh Ustaz Ahmad Kamal Arrifin




Majlis Bacaan Yassin berlangsung


Majlis Mohon Restu berlangsung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan