Rabu, 11 September 2019

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA

Tarikh : 6 & 10 September 2019 (Jumaat & Selasa)
Masa : 7.30am hingga 8.30am & 1.30pm hingga 2.00pm
Tempat :Dewan Perdana SAMAWAT
Pengetua yang diraikan : Al-Fadhil Ustaz Muhamad bin Abdullah (Sep 2016- Sep 2019)

Mukadimmah
SAMAWAT sekali lagi kehilangan seorang pengetua yang hebat, seorang pemimpin yang berkalebar yang telah memacu sekolah selama 3 tahun bersama pencapaian yang sangat memberangsangkan terutama dalam peningkatan GPS bagi SPM, lulus SPM 100%, lulus Thanawi 100% (2017, 2018). 
Beliau (Ustaz Muhamad) telah menerima surat perpindahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang berkuatkuasa pada 3 September 2019 (selasa) terpaksa akur arahan selaku penjawat awam yang terikat kepada kontrak sosial. Namun, slogan sekolah yang diilhamkan oleh mantan pengetua terdahulu (Ustaz Nor Azam bin Abdullah) iaitu SAMAWAT : Rajin dan Sopan!!!! diteruskan sebagai simbolik kepada identiti nama sekolah SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah.

Pihak sekolah dengan rasa berat hati terpaksa melepaskan Ustaz Muhamad untuk berpindah dan menabur bakti di Daerah Kuala Kangsar dan mendoakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan di sekolah baharu, diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk membangunkan sekolah baharu.

Harapan
Semoga dengan kehadiran Tuan Pengetua Baharu iaitu Al-Fadil Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali akan terus memacu SAMAWAT ke arah yang lebih gemilang dalam usaha membawa nama SAMAWAT disegani diseluruh Kerian, khasnya dan seluruh Perak amnya. Pengalaman dan ilmu yang ada pada Tuan Pengetua Baharu (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali) dengan kerjasama daripada barisan pentadbir, guru-guru, staf dan semua warga sekolah akan menjadikan SAMAWAT terus disegani dan dikenali khasnya dalam perkembangan dalam sudut Kurikulum, Kokurilulum dan Perkembangan Sahhsiah Diri Murid

Ucapan Tuan Pengetua


Ucapan Pengerusi Majis






Hadiah yang disumbangkan oleh pelajar


Ucaptama oleh Tuan Pengetua Baharu (Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali)








Lambaian Akhir daripada pelajar sekolah



Majlis akhir iaitu  serah tugas kepada pengetua baharu di PPD, Kerian disaksikan oleh Ketua Pegawai PPD,
Puan Hajah Sepiah binti Mohd Saphi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan