Khamis, 18 Januari 2018

MESYUARAT AGUNG KELAB/PERSATUAN & UNIT BERUNIFORM

Tarikh : 6/1/2018
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi (Kelab & Persatuan)
            9.00 pagi (Unit Beruniform)

Pada hari sabtu minggu pertama bulan ini,pihak jawatankuasa Kokurikulum telahpun mengatur Mesyuarat Agung kali pertama 2018 bagi kelab & persatuan.Mesyuarat tersebut melibatkan pelajar bersama guru penasihat  yang mana bermula pada jam 8.00 pagi.Sebanyak 8 kelab & persatuan yang terlibat.

Selesai sahaja mesyuarat kelab & persatuan,diteruskan lagi dengan mesyuarat agung unit beruniform yang mana pelajar lelaki terlibat dengan Kadet Remaja Sekolah manakala pelajar perempuan terlibat dengan Puteri Islam.

Kehadiran pelajar bagi kedua-dua mesyuarat agung tersebut mencapai 95% dan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Taklimat daripada Cikgu Johari (Penasihat KRS)
Pelajar memberikan respon yang baik pada pemilihan jawatankuasa
Mesyuarat Puteri Islam 
Kehadiran pelajar yang memuaskan

Mesyuarat kelab dipengerusikan sendiri oleh pelajar







Tiada ulasan:

Catat Ulasan