Ahad, 21 Januari 2018

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 6 (STAM) 2018

Tarikh : 9/1/2018
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah S.W.T kerana telah memudahkan urusan pengambilan pelajar STAM buat pertama kali pada tahun 2018 ini.Seramai 25 orang pelajar yang telah berjaya dalam temuduga yang lalu.Pengambilan pertama ini agak terhad kerana pihak sekolah hanya menyediakan satu kelas sahaja untuk Tingkatan 6.Justeru,pendaftaran telahpun dibuat pada tarikh yang ditetapkan dan urusan tersebut berjalan dengan amat baik sekali.Tambahan pula ada segelintir ibubapa yang turut sama hadir pada sesi pendaftaran tersebut.Ini menunjukkan petanda positif bahawa harapan dan kepercayaan ibubapa terhadap sekolah amat tinggi.Moga-moga SAMAWAT akan terus cemerlang di masa hadapan nanti.Sama-sama kita doakan,insyaAllah!

Sesi pembayaran yuran pendaftaran kepada guru kelas Ting 6,Ustaz Murshidi

Kelihatan pelajar begitu teruja sekali 

Ucapan aluan daripada PK1,Ustaz Azmi Othman

Taklimat ringkas berkaitan disiplin disampaikan oleh PK HEM,Ustazah Rohizah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan