Isnin, 29 Januari 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018


Tarikh : 20 Januari 2018 (Sabtu)

Masa : 08.00 pagi – 10.30 pagi

Lokasi : Di dataran SMA Shamsul Maarif Al Wataniah sehingga kawasan persekitaran Kampung Tanjung Piandang,Perak.

PENDAHULUAN

Kejohanan Merentas Desa merupakan satu acara tahunan dalam takwim SMA Shamsul Maarif selaras dengan matlamat utama aktiviti kokurikulum untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara bagi  menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,jasmani dan emosi semua murid.


OBJEKTIF


  • Kejohanan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemejadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis serta menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
  • Meningkatkan martabat sukan sekolah di peringkat daerah,negeri, dan Kebangsaan.
  • Mencungkil bakat murid dalam acara merentas desa.
  • Menanam gaya hidup sihat dengan bersukan.

Add caption

Senaman ringan sebelum larian

Taklimat, perasmian dan pelepasan oleh Us. Murad (YDP PIBG)




Ucapan oleh Us. Muhamad Abdullah sekitar majlis penyampaian hadiah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan