Rabu, 9 Ogos 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK " Teknik Menjawab Soalan Usuluddin PT3 2017"




Edited by : Mohd Suhami

PROGRAM CERAMAH MENGENAL POTENSI DIRI

Program ini dibawah Program BUDI " Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah usaha yang dijalankan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama bersama unit Hal Ehwal Murid (HEM) dibawah pengurusan Asrama bagi memastikan minggu pelajar tidak pulang ke kampung dimanfaat dengan program-program dan aktiviti yang bermanfaat pada setiap hari Sabtu.

Selasa, 1 Ogos 2017

PLC - learning walk

1/8/2017 SEL. bermula waktu pertama pdpc, team SISC+ telah datang ke SAMAWAT bagi menjayakan PLC yang telah dirancang minggu lepas. Seramai empat orang guru terlibat dan lima orang peserta. Turut serta rombongan SISC+ Tn.Hj Tahir, En. Mahyuddin, Cik Yang Roziah dan Pn Anis Oweeda.

Isnin, 31 Julai 2017

Hari Kokurikulum dan Jalinan Mahabbah 'Aidil Fitri SAMAWAT 2017.

SAWAMAT, 22/JULAI/2017 : Pada tarikh ini, Sekolah menengah Agama Shamsul Maarif (SAMAWAT) telah menganjurkan program yang sungguh bermakna buat warga SAMAWAT. Program tersebut ialah Hari Ko-Kurikulum dan Jalinan Mahabbah 'Aidil Fitri SAMAWAT 2017. Program ini telah dilasanakan di bangunan baru SAMAWAT bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 t.hari.