Isnin, 31 Julai 2017

Hari Kokurikulum dan Jalinan Mahabbah 'Aidil Fitri SAMAWAT 2017.

SAWAMAT, 22/JULAI/2017 : Pada tarikh ini, Sekolah menengah Agama Shamsul Maarif (SAMAWAT) telah menganjurkan program yang sungguh bermakna buat warga SAMAWAT. Program tersebut ialah Hari Ko-Kurikulum dan Jalinan Mahabbah 'Aidil Fitri SAMAWAT 2017. Program ini telah dilasanakan di bangunan baru SAMAWAT bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 t.hari.


Program ini bermula dengan kehadiran ibu bapa bermula jam 8.00 pagi dan acara pertama yang dilangsungkan ialah Seminar Keibubapaan yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Shah, Guru Besar dari SK Peratang Gerdu. Seminar ini dilangsungkan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dengan kehadiran yang sangat memberansangkan.

Pada masa yang sama juga, sedang berlangsung Mensyuarat Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di bilik gerakan SAMAWAT, yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi.

Disamping itu, turut serta diadakan ialah beberapa pertandingan untuk memeriahkan suasana sambutan pada hari tersebut. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah :-

- Pertandingan Bermain Batu Seremban
- Pertandingan Gubahan
- Pertandingan Menganyam
- Pertandingan Mendirikan Khemah

Selepas semua acara dilaksanakan, sekitar jam 11.30 majlis Jamuan Jalinan Mahabbah 'Aidil Fitri dimulakan dengan ucapan perasmian disampaikan oleh Ust Jamil selaku pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah sambil para hadirin menikmati makanan. Pelbagai hidangan juadah telah disediakan antaranya :-

- mee goreng
- bihun sup
- nasi briani ayam
- rendang daging
- rendang ayam
- nasi himpit
- ketupat
- lemang
- aneka kuih muih
- aneka biskut
- pelbagai minuman sejuk dan panas

walaupun menghadapai pelbagai cabaran untuk menjalankan program ini, namun berkat kerjasama semua pihak serta kesabaran menempuhi dugaan, majlis ini berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang dan warna warni. Keceriaan dan kemeriahan begitu terasa sepanjang perjalanan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.











































 Disediakan oleh : Hatta B Rahim (Penyelaras Program)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan