Rabu, 9 Ogos 2017

PROGRAM CERAMAH MENGENAL POTENSI DIRI

Program ini dibawah Program BUDI " Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" adalah usaha yang dijalankan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama bersama unit Hal Ehwal Murid (HEM) dibawah pengurusan Asrama bagi memastikan minggu pelajar tidak pulang ke kampung dimanfaat dengan program-program dan aktiviti yang bermanfaat pada setiap hari Sabtu.



Pada Kesempatan ini, ceramah Mengenal Potensi Diri telah dijalankan kepada semua warga SAMAWAT khususnya yang tinggal di asrama. Laporan adalah seperti berikut :

Tarikh : 05 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat : Dewan SAMAWAT
Penceramah : Siti Syamimi binti Rosli

Matlamat

Murid asrama dibekalkan dengan penghayatan ilmu yang bermanfaat mengenai tahap potensi diri yang cukup besar ada dalam diri masing-masing.

Objektif


  • Murid berupaya mengenal potensi diri masing-masing
  • Berupaya mengaplikasi potensi diri dalam kecemerlangan sahsiah dan akademik
  • Lebih yakin 



Sekitar program berlangsung


Edited by : Unit Bimbingan dan Kaunseling


Tiada ulasan:

Catat Ulasan