Selasa, 2 Julai 2019

KEM KEPIMPINAN BADAN BERUNIFORM SAMAWAT TAHUN 2019

Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2019
Tempat : Kem Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak
Anjuran : Unit Kokurikulum SAMAWAT
Sasaran : 80 orang murid (Semua murid tingkatan satu seramai 46 orang dan Ketua, Penolong, Pengawas, PRS, Pusat Sumber dari tingkatan 2-4)

Penyelaras : En. Muhammad Muhaimin bin Mustapai & Nurtaqiah binti Ahmad Sabri

Mukaddimah
Alhamdulillah, segala perancangan yang telah disusun oleh unit kokurikulum berdasarkan kepada takwin bagi tahun 2019, Kem Kepimpinan Badan Beruniform peringkat SAMAWAT berjalan dengan lancar bermula pada 28 sehingga 30 Jun. 
Kerjasama daripada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini menjadikan program ini sesuatu yang sangat dibanggakan. semoga kesan dalam usaha ini menjadikan anak-anak SAMAWAT cemerlang dalam asas keterampilan diri, displin dalam usaha membentuk perkembangan sahsiah dan jati diri.

Harapan
Unit kokurikulum khasnya berharap apa yang dilalui oleh semua peserta seramai 80 orang memperolahi pengalaman dan ilmu yang berguna untuk terus meletakkan asas disiplin dan kepimpinan dalam usaha membentuk sahsiah dan jatidiri murid SAMAWAT. Semoga dengan usaha ini, pihak sekolah amnya dapat menjadikan kem ini sebagai acara tahunan unit kokurikulum dalam usaha mendedahkan murid yang terlibat kepada aspek kemenjadian dalam semua aspek.




Sekitar hari pertama di kem

Slot Pertolongan Cemas



Slot Keyakinan Diri



Slot Ikhtiar Hidup





Sekitar Majlis Penutup pada hari ketiga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan