Isnin, 22 Julai 2019

CERAMAH MOTIVASI "CEMERLANG ATAU KECUNDANG"

Tarikh : 22 Julai 2019 (Isnin)
Masa : 8.30pagi hingga 10.00pagi
Tempat : Dewan Perdana SAMAWAT
Sasaran : Semua pelajar SAMAWAT

Penceramah : Muhammad Farhaan bin Rahmat (Farhaan Rahmat Training Consultant)

Mukaddimah
Alhamdulillah, selesai sudah program ceramah yang bertajuk "Cemerlang atau Kecundang" yang disampaikan oleh Muhammad Farhaan bin Rahmat daripada Farhaan Rahmat Training Consultant, Sungai Petai, Kedah.
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan bagaimana ingin menjadikan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.

Matlamat
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.








Penyampaian Cenderahati oleh pihak sekolah (PK HEM) kepada penceramah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan