Selasa, 10 Julai 2018

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN STAM TAHUN 2018

Tarikh : 6, 7 & 8 Julai (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : SABK Ma'ahad Ehya Asshariff.

Seminar Teknik Menjawab Soalan STAM Tahun 2018 telah pun berlansung dengan jayanya, yang mana telah melibatkan 4 buah sekolah agama Daerah Kerian Utara iaitu SABK Shamsul Maarif, SABK Al Falah, SABK Syubbaniah, dan SABK Ma'ahad Ehya' Assharif yang juga sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Alhamdulillah, Seminar Teknik Menjawab Soalan STAM ini dapat memberi imput yang sangat berguna kepada anak sulong SAMAWAT, iaitu batch pertama yang akan menjadi kayu ukur pencapaian STAM SAMAWAT. Seminar ini telah disusun untuk semua sepuluh madah STAM dan penceramahnya adalah dari kalangan panel pembina soalan STAM dan penanda kertas STAM yang berpengalaman.

Ehya' Asshariff sebagai tuan rumah kepada seminar tahunan pada tahun ini. Telah menyediakan fasiliti yang amat baik, yang mana peserta telah menginap di asrama Ehya' selama 3 hari 2 malam dan fokusnya adalah pada kali ini seminar tahunan ini hanya menghadkan kepada 100 org peserta sahaja. Ini dapat memberi perhatian yang lebih kepada penceramah bahkan kepada pelajar STAM sendiri.

Moga - moga usaha ini dapat membantu calon - calon STAM SAMAWAT yang akan berdepan peperiksaan sebenar pada bulan Oktober nanti. مَنْ جَدّ وَ جَدًّ sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.

Pelajar khusyuk mendengar seminar madah nahu sorf 

 Antara calon perempuan STAM Kerian 2018

 Calon lelaki cuba mencatat input daripada penceramah

Calon STAM SAMAWAT berada dibahagian paling hadapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan