Isnin, 30 Julai 2018

PROGRAM MOTIVASI DISIPLIN PELAJAR ASRAMA

"CEGAH BULI DAN ROKOK"

Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tuan Haji Noh, SAMAWAT
Anjuran : Pelajar tahun 4 Jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan seramai 3 orang dari KV, Kerian.


MUKADDIMAH
Program ini dirancang oleh pelajar tahun akhir pengkhususan Pegurusan Perniagaan dari Kolej Vokasional Kerian seramai 3 orang pelajar bagi membantu murid khusus dalam menangani masalah buli (ceramah) dan pemeran berkaitan dengan bahaya merokok. Usahasama pelajar tahun akhir ini bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMAWAT dilihat memberi pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna kepada warga sekolah khususnya penghuni asrama.

PERJALANAN PROGRAM
Program ini bermula dengan sesi kata-kata aluan oleh penyelaras program iaitu wakil pelajar KV, Kerian kepada murid asrama dan majlis diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu En. Surajudin bin Ghani tentang mencegah buli di asrama. Selesai ceramah tersebut selama sejam, murid-murid diedarkan dengan borang soal selidik dan disajikan dengan pameran bahaya tentang rokok. Seterusnya majlis berlabuh dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Pengetua sendiri iaitu Ustaz Muhamad bin Abdullah yang turut bersama-sama dalam program ini walaupun berulang alik ke SABK Al-Hidayah bagi satu lagi program iaitu pertandingan MISS yang melibatkan seramai 18 orang murid SAMAWAT yang mengambil bahagian.


IMPAK PROGRAM
  • Kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak Kolej Vokasional dalam fokus masalah disiplin murid dapat diterusakan dan diperkukuhkan.
  • Murid memperolehi pengetahuan yang berguna tentang bagaimana untuk mencegah buli dan rokok diperingkat awal.
  • Peranan dan tanggungjawab dalam diri setiap murid dapat ditingkatkan dalam soal disiplin khususnya yang tinggal di asrama.
  • Murid dapat menunjukkan budaya rajin dan sopan dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak yang membantu.

Kata-kata aluan oleh Penyelaras Program dan Bacaan Doa sebelum majlis dimulakan


Ceramah dan Pemeran yang disajikan kepada murid asrama SAMAWAT
Penyampaian Saguhati oleh pihak penganjur kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Tuan Pengetua
(Ustaz Muhamad bin Abdullah)

Penyampaian Cenderahati oleh Tuan Pengetua kepada penceramah

Sesi bergambar pengetua bersama pelajar tahun akhir KV, kerian selaku penganjur program





Tiada ulasan:

Catat Ulasan