Khamis, 16 November 2017

KEM PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN UNIFORM SAMAWAT 2017

Tarikh : 10 hingga 12 November 2017
 Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Kem As-Salam, Selama Perak.



Mukaddimah

Perkhemahan ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan yang mantap dari semua sudut serta mendedahkan peserta kepada pelbagai cabaran kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Program ini melibatkan semua ahli Badan Uniform terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM) bagi tahun 2017 kecuali calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Secara amnya, kem perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jati diri dan nilai kerohanian dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran mendatang.


Matlamat
Perkhemahan ini bermatlamat untuk melahirkan golongan murid yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan ketahanan fizikal sebagai asas pembentukan keterampilan diri dalam kepimpinan, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan