Jumaat, 17 November 2017

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM & HEM SAMAWAT 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Hem adalah program tahunan disekolah ini. Ianya bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum selain dapat meningkatkan akademik dan disiplin pelajar. Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni,kependidikan dan kemasyarakatan. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia selaras dengan perkembangan JERI yang 
seimbang.


Objektif Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu.  Antaranya ialah
  • Memberi pengiktirafan kepada pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang HEM,kokurikulum dan sukan.
  • Memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam aktivit-aktiviti HEM,kokurikulum dan sukan.
  • Melahirkan tokoh pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum sebagai role model kepada pelajar lain untuk lebih maju dalam bidang HEM dan kokurikulum.

Tarikh                  : 17 November (Jumaat)
Masa                   : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat                : Dewan Tn.Guru Haji Noh
Dirasmikan Oleh : Tn.Haji Bahruddin Bin Sulaiman
                               (Penyelia Kanan Pendidikan Islam,PPD Kerian)

Turut diundang Pengerusi LPS & YDP PIBG


Turut diraikan Mantan Pengetua SAMAWAT,Tn.Hj Asmuni Bin Awang

Ucapan alu-aluan daripada Pengetua

Penerima Anugerah Khas Pengetua,Pn Shahidawati Bt Osman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan