Isnin, 9 Oktober 2017

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Mohon Restu Perdana 2017

SAMAWAT 5 Oktober : Pada hari ini telah dilangsungkan Majlis Bacaan Yaasin, Slat Hajat dan Mohon Restu Perdana 2017, sempena peperiksaan PT3, Thanawi, SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun  yang diadakan di ruang solat utama Masjid Jami' Tanjung Piandang, Perak.

Majlis dijadualkan bermula jam 6.30 petang dengan kehadiran waris dan ibubapa pelajar. Majlis dimulakan dengan melakukan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimakan oleh Imam Muda Masjid Jami' Tanjung Piandang, iaitu Ust Shahrul Rashid, 

Selepas menunaikan solat maghrib secara berjemaah, para pelajar berwirid, berzikir dan berdoa secara berjemaah dengan imam dan waris yang hadir. Sebelum memulakan majlis bacaan Yaasin, Ust Muhamad b Abdullah selaku pengetua telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua hadirin yang telah datang dan memeriahkan majlis pada petang yang berbahagia ini. Setelah itu, majlis bacaan yaasin dimulakan dengan dipimpin oleh Ust Hatta b Rahim.

Selepas bacaan Yaasin, acara diteruskan dengan solat Isya' dan Solat hajat berjemaah yang dipimpin sekali lagi oleh Imam Muda Masjid Jami' Tanjung Piandang. Kemudian, acara diteruskan dengan acara mohon restu yang dipimpin oleh Ust Ahmad Kamal Arrifin b Mohd Ali. Para pelajar telah bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa, waris dan guru-guru yang hadir.

Sebahagian Guru SAMAWAT yang hadir : dari kiri Ust Muhammad b Abdullah (Pengetua ) En Faisal b Hassan (Kaunselor ) Ust Zahran b Saad (Guru B.Arab ) Ust Hatta B Rahim (Guru KKQ) En Johari b Ishak ( Guru Sejarah )


Uapan alu-aluan oleh Pengetua 


Majlis Bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ust Hatta B Rahim


Para pelajar dan hadirin mengelilingi air yang dibacakan yaasin.

Majlis bacaan yaasin sedang berlangsung













Suasana syahdu ketika majlis mohon restu yang dipimpin oleh Ust Ahmad Kamal Arrifin b Mohd Ali.


Sesi khas para pelajar dengan Ust Jamil (Pengerusi LPS)

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai PPD Kerian, Ust Bahrudin dan Ust Hasbullah dari Unit Pendidikan Islam.


Majlis juga turut disertai oleh masyarakat setempat, Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan baik. Majlis tamat sekitar jam 9.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan