Rabu, 25 Oktober 2017

LATIHAN KEBAKARAN ASRAMA SAMAWAT (MALAM)

Tarikh        : 12 Oktober 2017 (Khamis)
Masa         : 1.00 pagi
Kehadiran : En. Muhamad bin Abdullah (Pengetua)
                  : En. Azmi bin Othman (PK Pentadbiran)
                  : Pn. Hjh. Rohizah bt Haji Bawi (PK HEM)
                  : Tn. Hj Abd Malik bin Hashim (Warden / PK KO)
                  : Cik Naztulshida bt Mohd Nazirrudin (Ketua Warden)
                  : En. Muhd Faisal bin Hassan (Kaunselor)

Tepat pada pukul 10.00 mlm (Tn. Hj Abd Malik Hashim/Warden) dihubungi oleh En. Zahuri bin Zainal Abidin dari Balai Bomba Kuala Kurau mengenai kehadiran pasukan Bomba yang diketua oleh beliau bersama dengan lima orangpegawai bomba yang lain  lengkap dengan peralatan menyelamat  menyelamat ke asarama SAMAWAT.

Setelah didapati semua penghuni asrama aspura/aspuri tidur lena, tepat jam 1.00 pagi loceng kebakaran dibunyikan oleh pihak bomba dan mereka diarahkan mengosongkan asrama dan bergerak ke tempat  berkumpul (assembly point). Kerjasama daripada pengawal keselamatan iaitu Pn. Latipah dan suaminya En. Zainon dalam membantu pihak bomba. Kronologi kejadian dimana ramai penghuni pempuan berlari keluar tergesa-gesa tanpa memakai selipar dan berkaki ayam kerana berada dalam situasi yang kalut dan didapati salah seorang murid perempuan hanya sempat bertudungkan kain selimut. Mojoriti murid. Manakala seramai 12 orang pelajar lelaki didapati terperangkap dibeberapa tempat di asrama sepeti di tandas dan didapati "rentung" kerana masih terlena dan ditahan sementara bagi sesi kawat cam untuk mengira jumlah rakan-rakan yang tiada.

En. Zahuri bin Zainal Abidin, pegawai yang mengetuai latihan tersebut srama mengucapkan tahniah semua murid asrama kerana menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak bomba. Beliau berharap agar peraturan yang diberikan semasa taklimat sentiasa dipatuhi oleh oleh semua penghuni asrama agar sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan. Tahniah juga kepada pihak sekolah kususnya pihak pentadbir dan guru-guru/warden yang terlibat kerana berjaya mengadakan latihan ini mengikut prosedur yang ditetapkan.

Harapan pihak bomba semoga latihan ini menjadi panduan dan jika berlaku kebakaran yang sebenar mampu menyelamatkan diri sendiri dan menyelamatkan nyawa orang-orang lain.

Antara 12 orang murid yang ditangkap dan diistihar "Rentung"

Taklimat oleh pegawai Bomba En.  Zahuri bin Zainal Abidin

Kelibat murid perempuan yang berkaki ayam

Antar pihak pentadbir yang hadir



Tiada ulasan:

Catat Ulasan