Rabu, 7 Jun 2017

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (SAMAWAT) 2017

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (SAMAWAT) 2017

Program ini telah diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh: 16 Mei 2017 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pada hari Selasa 16 Mei 2017, SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah, Tg. Piandang telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2017 dengan tema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Tuan Guru Hj. Noh dan Dataran SAMAWAT. 
      Semua pelajar dan guru telah berkumpul di Dewan  pad Tuan Guru Hj. Noh pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan alunan al-asma’ al-Husna, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Perak Excellent. Seterusnya, ucapan
alu-aluan oleh wakil pelajar sekolah iaitu Muhammad Arif Fikri bin Shahabuddin. Dalam ucapannya, beliau mewakili semua pelajar menyampaikan ucapan selamat hari Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengetua sekolah Ustaz Muhamad bin Abdullah dan membaca perutusan Menteri Pendidikan Malaysia. Seterusnya Pengerusi Kelab Guru Ustaz Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali membaca perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan nyanyian lagu lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya semua pelajar menyanyikan lagu “Terima Kasih Cikgu”. Kemudian majlis memotong Kek oleh semua guru sebagai gimik perasmian.
     Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 10.30 pagi. Guru-guru dan murid-murid menyertai pelbagai acara seperti membaling bola ke dalam bakul, melontar gelung, menggolek tayar, pertandingan kuiz dan sebagainya. Suasana begitu meriah dengan sorakan padu yang diberikan oleh murid murid untuk guru-guru kesayangan mereka.  Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
       Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul kembali ke dewan bagi menyaksikan persembahan oleh pelajar yang terlibat dalam persembahan pentas. Mereka memberi sepenuh tenaga dalam mempersembahkan persembahan mereka dengan baik. Persembahan seperti tayangan montaj dan nasyid. 
         Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 1.30 petang dengan acara pemberian cenderamata daripada murid kepada guru masing-masing dan pertukaran hadiah antara guru. Para pelajar dan guru-guru dijamu dengan jamuan makan setelah majlis tamat. 

Disediakan oleh,
Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali
Pengerusi Kelab Guru & Staff SAMAWAT




                                           Guru-guru bergambar sebelum Majlis berlangsung



                                Guru-guru bersemangat menyanyikan lagu "Guru Malaysia"


         
                          Para pelajar bersemangat menyanyikan lagu "Terima Kasih Cikgu"


 Guru-guru diketuai oleh Tuan Pengetua Ustaz Muhamad bin Abdullah memotong Kek Perasmian


                      Para pelajar dan Guru-guru menerima cenderahati dan Pertukaran hadiah




                                         

           Kek Selamat Hari Guru sumbangan Mantan DUN Titi Serong YB Hj Abu Bakar bin Mat Ali




Tiada ulasan:

Catat Ulasan