Selasa, 13 Jun 2017

FORUM AMBANG RAMADHAN SAMAWAT 1438 HIJRAH

TARIKH   : 26 MEI 2017
MASA      : 7.30 AM hingga 10.00AM
HARI        : JUMAAT

Mukadimmah
Alhamdulillah..pihak sekolah telah berjaya menjayakan satu program yang cukup bersejarah buat warga SAMAWAT iaitu Forum Ambang Ramadhan SAMAWAT 2017 iaitu sehari sebelum umat islam di Malaysia menyambungnya. Idea dan cadangan yang dicetuskan oleh Tuan Pengetua (Ustaz Muhamad bin Abdullah) dengan menampilkan ahli-ahli panel yang berpengalaman iaitu :

  • Panel 1  : Ustaz Azmi bin Othman (Al-Azhari)
  • Panel 2  : Ustaz Roslan bin Ramli (Al-Hafiz)
  • Moderator : Ustaz Murshidi bin Ramli
Forum yang berjalan selam 2jam lebih ini dikendalikan oleh Ustaz Murshidi sebagai moderator bersama dengan Al-Azhari Ustaz Azmi bin Othman dan Al-Hafiz Ustaz Roslan bin Ramli dipecahkan kepada 3 pusingan dan pusingan terakhir iaitu pusingan ke-3 adalah soal jawab kepada ahli panel. Pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua ahli panel dan gaya bertenaga dan spontan oleh tuan moderator mengimik suasana hadirian SAMAWAT yang hadir. Semoga pendekatan ini dijadikan acara tahunan sekolah dalam kepelbagaian penyampaian ilmu yang berguna buat semua warga SAMAWAT.


Matlamat Program
Forum Ambang Ramadahn ini yang dijalankan oleh pihak sekolah ini adalah untuk mendedahkan kepada semua warga SAMAWAT akan kelebihan-kelebihan bulan ramadhan. Program ini dilihat mampu memberi ilmu dan pengetahun yang berguna kepada semua warga SAMAWAT yang hadir. 






Edited by : Ahmad Murshidi bin Ramli (Penyelaras Forum Ambang Ramadhan 2017)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan