Sabtu, 10 September 2016

SUKAN TAHUNAN SAMAWAT 2016 (BALAPAN & PADANG)

Tarikh : 03 September 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 hingga 1.00 t/hari
Tempat : SMK Raja Lope Nur Rasyid
Sasaran : Semua peserta rumah Kuning, Merah, Biru dan Hijau

Tiga hari sebelum berjalannya sukan tahunan, terlebih dahulu sukan tara telah berjaya dilakukan melibatkan acara lari 100meter dan lontar peluru. Cuaca yang berada pada keadaan terbaik walaupun sedikit becak. Maka pada tanggal 3 September (Sabtu) sukan tahunan telah berjaya dijalankan dengan jayanya walaupun keadaan padang di SMK Raja Lope ditakungi air dan becak. Naman atas semangat sukan, program sukan tahunan ni diteruskan jua apabila menobatkan Pasukan Rumah Kuning sebagai juara keseluruhan bagi tahun 2016.

Namun sedikit loporan yang diterima melibatkan kecederaan kecil berlaku di padang apabila ada murid yang cedera akibat licin semasa acara pertandingan. Cuaca baik pada sebelah pagi apabila panas, namun sehari kejadian, hujan lebat telah turun membasahi Tanjung Piandang. Kerjasama daripada semua guru-guru dan pelajar, akhirnya sukan tahunan (padang dan balapan) bagi tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sedikit sorotan gambar-gambar sepanjang hari kejadian berlaku :















Postmoterm yang telah dijalankan pada 5 September 2016 (Isnin) telah melihat beberapa kelemahan yang akan diperbaiki pada tahun hadapan. kerjasama semua guru-guru dan murid amat ditangih bagi menjayakan program besar ini mencapai matlamat yang diinginkan. Majulah sukan untuk warga SAMAWAT.


Edited By : Bulat vs Leper

Tiada ulasan:

Catat Ulasan