Selasa, 21 Mac 2023

MINGGU DIDIK HIBUR MINGGU PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2023/2024

Tarikh : 20 hingga 24 Mac 2023 (Isnin -Jumaat)
Masa : 7.20 pagi hingga 2.30 petang 
Tempat : Dewan sekolah, padang dan bilik darjah

Penyelaras : 
Ustaz Ahmad Murshidi bin Ramli 

Mukaddimah
Alhamdulillah, minggu didik hibur @ Fun Learning yang ditetapkan oleh KPM disemua sekolah berjalan dengan lancar. Perancangan dan persiapan yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan menyusun semua jadual menjadikan minggu pertama sesi persekolahan mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. 

Matlamat Minggu Didik Hibur :
1) Menjadikan minggu pertama persekolahan adalah tempat paling menyeronokan oleh murid sekolah.
2) Menterjemahkan konsep sekolahku penyanyang.
3) Menguruskan minda dan mental murid ke arah yang lebih baik.


Tentatif susunan perjalanan minggu Didik Hibur sesi 2023/2024 :

1) Hari Pertama (Isnin)
> Perhimpunan rasmi persekolahan
> Taklimat oleh penyelaras 
> Ucapan Tuan Pengetua
> Senamrobik
> Aktiviti outdoor game
> Orientasi pelajar tingkatan 1 sesi 2023/2024
> Inspirasi kelas SAMAWAT
> Nyanyian lagu sekolah












Hari kedua (Selasa)
> Taklimat oleh penyelaras
> Aktiviti outdoor game (bola tampar, sepak takraw, bola jaring
> Lawatan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) /Sarjan Faizon bin Ku Abdullah/ Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Tanjung Piandang.
> Inspirasi kelas SAMAWAT
> Nyanyian lagu sekolah











Hari ketiga (Rabu)
> Perhimpunan di dataran sekolah (minggu KO)
> Senamrobik & 10ribu langkah
> Talimat oleh penyelaras 
> Inspirasi kelas SAMAWAT
> Nyanyian lagu sekolah







Hari keempat (Khamis)
> MULHAQ
> Taklimat oleh penyelaras
> Slot Santai Ilmiah (Forum Ramadhan)
> Solat Dhua
> Inspirasi kelas SAMAWAT
> Nyanyian lagu sekolah






Hari kelima (Jumaat)
> MULHAQ
> Pelancaran program Ehya Ramadhan & Pra Hufaz
> Tadarus Al Quran & Usrah












Tiada ulasan:

Catat Ulasan